Selepas dilancarkan di Eropah, India dan Brazil, Samsung kini bersedia untuk membawakan Samsung Galaxy M52 5G ke pasaran Malaysia. Telefon pintar Samsung baharu ini akan dijual secara eksklusif menerusi Lazada bermula dari 11 November.

Dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 778G, Galaxy M52 5G turut hadir dengan paparan Super AMOLED Plus Full HD+ 6.7-inci  120Hz. Untuk pasaran tempatan, model telefon ini didatangkan dengan standard storan 128GB, dan RAM 8GB. Turut disediakan sokongan RAM maya sehingga 4GB melalui fungsi RAM Plus.

Untuk fotografinya, Galaxy M52 5G mengandungi kamera utama 64MP f/1.8 yang turut digandingkan dengan kamera ultra-lebar 12MP f/2.2 dan kamera makro 5MP f/2.4. Juga disediakan pada sebelah hadapan, sebuah kamera 32MP f/2.2 yang boleh digunakan untuk tujuan swafoto.

Bersama-sama sokongan Dolby Atmos untuk output fon telinga, telefon pintar Samsung baharu ini juga menyediakan bateri 5,000mAh. Sungguhpun Galaxy M52 5G menyokong Super Fast Charging 25W, pengecasnya perlu dibeli secara berasingan.

Samsung Galaxy M52 5G dijual pada harga RM1,699 di pasaran. Kini, bersempena pelancarannya pada 11.11 nanti, telefon pintar Samsung ini akan dijual pada harga RM1,399 secara eksklusif di Lazada.

Spesifikasi Samsung Galaxy M52 5G

Paparan
  • Paparan Infinity-O 6.7-inci
  • FHD+ Super AMOLED+
  • Kadar penyegaran semula 120Hz
Kamera belakang
  • Utama: 64MP
  • Ultra-lebar: 12MP, 123°
  • Makro: 5MP
Kamera hadapan
  • Hadapan: 32MP
Badan
  • Rekaan tipis minimalis yang elegan
  • Pengimbas cap jari sebelah sisi
  • Genggaman yang selesa dan lengkungan licin memudahkan navigasi skrin
  • Permukaan bergaris lembut dengan paten
Cipset
  • Snapdragon 778G
Memori
  • RAM 8GB
  • Storan dalaman 128 GB
  • Slot kad mikroSD (up to 1TB)
Bateri
  • 5,000mAh
  • Super Fast Charging sehingga 25W
Warna
  • Black
  • Light Blue

Jualan 11.11 Lazada, sebut #YAYME dengan Samsung melalui tawaran menarik serendah RM279!

Selain dari tawaran menarik tersebut, anda juga berpeluang mendapatkan penjimatan sehingga RM640 bagi produk-produk terpilih di Samsung Flagship Store pada hari jualan ekslusif tersebut.

Produk Diskaun Harga Promo RRP Hadiah Percuma
Galaxy M52 5G Potongan RM300 RM1,399 RM1,699 – 
Galaxy Note20 5G Potongan RM640 RM2,559 RM3,199 – 
Galaxy M02 Potongan 30% RM279 RM399 – 
Galaxy M32 Potongan 25% RM829 RM1,099 – 
Galaxy Tab S6 Lite Wifi Potongan RM200 RM1,299 RM1,499 Book Cover untuk Tab S6 Lite bernilai RM269

Jangan lepaskan peluang ini dengan mengunjungi Samsung Flagship Store selagi stok masih ada.

Tinggalkan komentar