Samsung Galaxy M40, telefon pintar peringkat pertengahan terbaru telah dilancarkan ke pasaran menawarkan paparan Infinity-O.

Berbeza dengan siri M lain, Galaxy M40 dilengkapkan dengan paparan Infinity-O 6.3-inci yang diperkasakan dengan Corning Gorilla Glass. Telefon pintar ini juga tidak memiliki bicu audio, namun menyediakan penderia cap jari dibelakangnya.

Galaxy M40 dikuasakan oleh pemprosesan Snapdragon 675 yang dioperasikan oleh sistem operasi Samsung OneUI yang berasaskan Android 9.0 Pie. Selain itu, telefon pintar ini juga menawarkan RAM 6GB storan dalaman 128GB yang boleh diperbesarkan melalui slot kad mikroSD sehingga 512GB.

Melalui paparan Infinity-O, bentuk takuknya menempatkan sebuah kamera hadapan 16MP, manakala dibelakangnya adalah menempatkan konfigurasi tri-kamera iaitu sebuah lensa 32MP, kamera ultra lebar 8MP dan penderia kedalaman 5MP. Kamera telefon pintar ini juga menyokong rakaman video 4K, Hyperlapse dan juga Super Slow-Mo pada 240fps.

Galaxy M40 juga dilengkapkan dengan bateri berkapasiti 3,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 15W melalui USB-C. Boleh didapati dengan pilihan warna Midnight Blue dan Blue Seawater, telefon pintar ini ditawarkan pada harga pasaran ¥19,990 (lebih kurang RM768) dan secara rasminya memasuki pasaran pada 18 Jun.

Sumber berita diperoleh dari Samsung

Tinggalkan komentar