Samsung Malaysia memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar siri Galaxy M, iaitu Samsung Galaxy M32. Telefon pintar variasi pasaran tempatan ini sedikit berbeza dengan yang dilancarkan di India sebelum ini terutamanya pada kapasiti baterinya.

Samsung Galaxy M32 menawarkan paparan Infinity-U Super AMOLED FHD+ 6.4-inci yang turut menyediakan sebuah kamera swafoto 20 MP. Pada bahagian belakangnya pula menyediakan tetapan kuad-kamera yang terdiri daripada:

  • Sensor utama 64MP
  • Sensor ultra-lebar 8MP
  • Sensor makro 2MP
  • Sensor berkedalaman (potret) 2MP

Telefon pintar yang menggunakan cipset 8 teras MediaTek Helio G80 ini turut disertakan bersama-sama RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Untuk pasaran tempatan, Samsung Galaxy M32 dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5,000mAh berbanding di India yang mempunyai kapasiti 6,000mAh. Bateri ini juga menyokong pengecasan sehingga 25W.

Sistem operasi yang digunakan oleh telefon pintar ini merupakan antaramuka yang dibangunkan oleh Samsung, One UI 3.1 yang berasaskan Android 11. Selain itu, ia juga menyediakan pengimbas cap jari yang ditempat di sebelah sisinya, bicu audio 3.5mm, USB Type-C, Bluetooth 5.0 dan PC Sync.

Harga jualan Samsung Galaxy M32 di Malaysia adalah pada RM 1,099 dan boleh didapati bermula dari hari ini. Bagi anda yang tidak mahu melepaskan peluang penjimatan, anda boleh mendapatkan telefon pintar menerusi Jualan Lazada 8.8 yang menawarkan pada harga promosi RM 888.

Tinggalkan komentar