Utama Android Samsung Samsung Galaxy M14 5G hadir di Lazada dengan harga RM1,099 pada 24...

Samsung Galaxy M14 5G hadir di Lazada dengan harga RM1,099 pada 24 Jun ini

626
0

Mei baru-baru ini Samsung Malaysia pernah melancarkan Samsung Galaxy M14 5G dengan harga istimewa promosi sehari RM849. Kini, telefon pintar berkenaan disenaraikan secara eksklusif di Lazada Malaysia dengan harga RM1,099.

Sama seperti sebelumnya Galaxy M14 5G dijual secara eksklusif di kedai dalam talian mercu Samsung di Lazada bermula pada 24 Jun 2023 dengan pilihan warna Light Blue dan Dark Blue.

Secara ringkasnya, telefon pintar ini hadir dengan skrin LCD Infinity V FHD+ 6.6-inci, cipset Exynos 1330, RAM 6GB dan storan 128GB. Ia juga menyokong penambahan RAM secara maya sebanyak 6GB dan slot kad mikroSD sehingga 1TB.

Untuk fotografi, telefon pintar ini menyediakan tri-kamera iaitu kamera utama 50MP, kamera makro 2MP dan kamera berkedalaman 2MP. Turut disediakan sebuah kamera 13MP pada sebelah hadapannya. Baterinya yang berkapasiti 6,000mAh turut menyokong pengecasan pantas 25W. Dari segi perisiannya, anda bakal menerima kemeaskini keselamatan selama empat tahun bersama-sama kemaskini One UI.

Maklumat lanjut mengenai Galaxy M14 5G, layari kedai dalam talian rasmi Samsung di Lazada Malaysia.

Tinggalkan komentar