Samsung Malaysia baru-baru ini telah mendedahkan telefon pintar terbarunya yang dilengkapi dengan empat lensa kamera, Samsung Galaxy A9 (2018) akan mula dijual di pasaran Malaysia bermula 23 November. Berdasarkan sebuah iklan di dalam akhbar The Sun keluaran hari ini, harga bagi telefon pintar Samsung terbaru berkenaan adalah bermula dari RM1,999.
Dari segi spesifikasinya, telefon pintar ini dilengkapi dengan paparan Full HD+ Super AMOLED 6.3-inci yang dikuasakan oleh pemprosesan Qualcomm Snapdragon 660. Galaxy A9 juga menampilkan 6GB RAM dan 128GB storan dalaman.
Sebagaimana yang dinyatakan pada awal perenggan di atas, telefon pintar Samsung terbaru ini menawarkan empat lensa kamera yang mana salah satunya menampilkan lensa 24MP f/1.7 sebagai lensa utamanya. Turut menyokongnya adalah sebuah lensa telefoto 10MP f/2.4 dengan 2x zum optikal, kamera bersudut luas ultra 8MP f/2.4 dan kamera kedalaman 5MP f/2.2. Tidak ketinggalan, kamera hadapannya dilengkapi dengan lensa 24MP, melengkapkan spesifikasi telefon pintar yang menggunakan kuasa bateri berkapasiti 3,800 mAh ini.
Maklumat lanjut, layari laman rasmi Samsung Malaysia untuk lebih keterangan.