Samsung baru-baru ini telah mengumumkan variasi terbaru untuk Galaxy A51. Versi terbaru ini menawarkan RAM 8GB berbanding variasi sedia ada yang menawarkan RAM paling tingginya pada 6GB.
Selain dari pertambahan kapasiti RAM, spesifikasi Galaxy A51 variasi ini masih lagi kekal sama dengan variasi lainnya. Antaranya termasuklah paparan Infinity-O Super AMOLED 6.5-inci Full HD+, cipset Exynos 9611 serta kapasiti storan 128GB yang boleh diperbesarkan lagi menerusi slot kad mikroSD.
Kameranya juga masih lagi sama iaitu 48MP lensa utama, 12MP ultra-lebar, 5MP kedalaman, dan 5MP makro. Di hadapannya pula ditempatkan sebuah lensa 32MP. Serta tidak ketinggalan bateri berkapasiti 4,000mAh.
Samsung Galaxy A51 dengan RAM 8GB baharu ini boleh didapati menerusi rangkaian kedai rasmi Samsung dan wakil pengedar sah bermula dari 8 Mei ini. Pada harga RM1,399, telefon pintar terbaru keluaran Samsung ini boleh didapati dengan tiga warna bertema Samsung Prism Crush iaitu Putih, Biru dan Hitam.
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Samsung Malaysia.













