Utama Android Samsung Samsung kemaskini harga Galaxy A32, Galaxy S20 FE 5G dan Galaxy Note20...

Samsung kemaskini harga Galaxy A32, Galaxy S20 FE 5G dan Galaxy Note20 bagi pasaran Malaysia

791
0

Samsung Malaysia telah mengumumkan harga baharu bagi tiga telefon pintar popularnya iaitu Galaxy Note20 5G, Galaxy S20 FE 5G dan Galaaxy A32 LTE bermula sejak semalam.

Antara yang menarik, harga bagi Galaxy Note20 5G kini ditawarkan pada RM 3,199. Penurunan ini merupakan yang kali kedua buat telefon pintar ini sejak dilancarkan pada tahun lalu dengan harga RM 4,299 dan kemudiannya diturunkan kepada RM 3,899 pada awal 2021.

Seterusnya, telefon yang menggunakan cipset Snapdragon 865, Samsung Galaxy S20 Fan Edition (FE) 5G. Melalui pengurangan harga terkini ini, anda boleh mendapatkan telefon pintar Samsung baharu ini pada harga RM 2,499.

Sama seperti Galaxy Note20 5G, telefon Samsung ini juga diberikan pengurangan pada Februari lalu iaitu RM 2,999 pada ketika itu. Bagi anda yang ingin mendapatkan versi LTE, anda juga boleh mendapatkan Galaxy S20 FE LTE tyang kini berharga RM 2,099.

Akhir sekali, model yang paling terkini antara ketiga-tiga yang dinyatakan tadi, Galaxy A32 kini boleh didapati pada harga RM 999. Telefon Samsung yang dilancarkan pada Mac tahun ini pada asalnya dijual pada harga RM 1,099.

Ketiga-tiga telefon ini layak untuk program penukaran peranti bagi membolehkan anda menerima rebat dan penjimatan melalui jual semula peranti lama anda. Dalam pada masa yang sama, Easy Installment Plan menyediakan kemudana pembelian secara ansuran tanpa faedah. Anda boleh melayari laman web rasmi Samsung untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Galaxy Note20 5GGalaxy S20 FE 5G, dan Galaxy A32 LTE.

Tinggalkan komentar