Samsung Malaysia telah memperkenalkan Galaxy A23 5G, satu lagi model baharu di bawah siri Galaxy A yang menyokong rangkaian 5G.
Sungguhpun ditawarkan sebagai pilihan mampu milik, ia menawarkan kamera utama 50MP dengan ciri penstabil imej optikal (OIS).
Telefon pintar ini menampilkan paparan LCD Full HD+ 6.6-inci yang menyokong kadar penyegaran semula 120Hz. Ia menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 695 5G yang bergandingan dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Turut disediakan slot kad mikroSD yang menyokong kapasiti sehingga 1TB.
Untuk fotografinya, terdapat empat kamera disediakan pada sebelah belakangnya. Ia mengandungi satu kamera 50MP dengan OIS, kamera bersudut ultra-lebar 5MP dan dua kamera 2MP yang satu untuk makro dan satu lagi berkedalaman. Pada takuk Infinity-V sebelah hadapannya pula disediakan satu kamera 8MP.
Galaxy A23 5G menyokong rangkaian 5G, Wi-Fi 802.11ac, Bluetooth 5.1, NFC, pengimbas cap jari pada sisi dan bicu audio 3.5mm. Bateri yang digunakannya pula berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W melalui port USB-C. Seperti kebanyakan telefon pintar Samsung keluaran tahun ini, ia juga menggunakan antaramuka One UI 4 berasaskan Android 12.
Harga Samsung Galaxy A23 5G di Malaysia
Samsung Galaxy A23 5G di Malaysia dijual pada harga pasaran RM1,399 dengan menawarkan RAM 8GB dan storan 128GB.
Untuk waktu terhad ini, Samsung Malaysia menawarkan potongan harga RM300 untuk anda mendpatkan Galaxy A23 5G pada harga RM1,099 di Samsung Online Store. Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan oleh telefon pintar baharu dari Samsung yang menampilkan kemasan matte ini iaitu Light Blue, Orange dan Black
Spesifikasi Samsung Galaxy A23 5G |
||
| Paparan | 6.6″ FHD+ PLS LCD | |
| 120 Hz (Kadar penyegaran semula) | ||
| Infinity-V Display | ||
| Kamera | Belakang | Utama: 50MP AF OIS, F1.8
Ultra-lebar: 5MP, F2.2 Berkedalaman: 2MP, F2.4 Makro: 2MP, F2.4 |
| Depan | Selfie: 8MP, F2.2 | |
| Ukuran / Berat | 165.4 x 76.9 x 8.4mm / 197g | |
| Pemprosesan | Snapdragon 695 5G sehingga 2.2 GHz | |
| Memori | RAM 8GB | |
| Storan dalaman 128GB | ||
| slot mikro SD (sehingga 1TB) | ||
| Kad SIM | 3 Slot (SIM 1 + SIM 2 + MicroSD) | |
| Kapasiti Bateri | 5,000 mAh, Pengecasan pantas 25W | |
| OS | Android 12.0 | |
| Sensor | Accelerometer, Sensor cap jari, Gyro Sensor, Geomagnetic Sensor, Virtual Light Sensing, Virtual Proximity Sensing | |
| Ketersambungan nirwayar | Bluetooth v5.1, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac 2.4G+5GHz, VHT80, Wi-Fi Direct | |
| Video | Rakaman: FHD (1920 x 1080)@30fps | |
| Pegesahan Biometrik | Pengimbas cap jari butang sisi | |
| Warna | Light Blue, Orange and Black | |













