Samsung Malaysia kini mula menawarkan Samsung Galaxy A10 dan A20 ke pasaran Malaysia. Kedua-dua model ini merupakan penambahan kepada siri Galaxy A yang telah pun masuk sejak minggu lepas melalui Galaxy A30 dan A50.

Menawarkan paparan skrin 6.2-inci bertakuk berbentuk huruf “V”, Samsung Galaxy A10 dilengkapkan dengan cipset Exynos 7884, RAM 2GB dan storan dalaman 32GB. Hadir sebagai telefon pintar peringkat pertengahan, ia juga turut mempunyai kamera belakang dengan sebuah kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 5MP, bersama-sama bateri 3,400mAh.

Untuk Samsung Galaxy A20 pula, telefon pintar ini dikuasakan oleh Exynos 7884 dengan RAM 3GB dan storan dalaman 32GB. Oleh kerana spesifikasinya sedikit tinggi dari A10, ia didatangkan dengan paparan 6.4-inci, bersama-sama kamera hadapan 8MP yang ditempatkan pada takuknya yang berbentuk “V”. Selain itu, telefon pintar ini turut dilengkapkan dengan dwi-kamera 13MP+5MP di bahagian belakangnya bersama-sama bateri 4,000mAh.

Samsung Galaxy A10 ditawarkan pada harga RM499, manakala untuk Galaxy A20 pula harga yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia adalah RM699.\

Sumber berita diperoleh dari DirectD

Tinggalkan komentar