Samsung pada hari ini secara rasminya telah melancarkan Galaxy A04, telefon pintar peringkat pemula ke pasaran Malaysia. Telefon pintar ini hadir seminggu selepas Galaxy A04s diperkenalkan dan merupakan model yang lebih mesra bajet.

Didatangkan bersama-sama panel LCD 6.5-inci bertakuk dengan resolusi 720 x 1600 piksel, Galaxy A04 ini dikatakan menyediakan kadar penyegaran semula yang lebih rendah berbanding Galaxy A04s. Malah, model ini juga tidak menyediakan sebarang ciri pengesahan biometrik seperti model yang dilancarkan pada minggu lepas.

Pun begitu, ia dilengkapkan dengan satu pembesar suara, bersama-sama bicu audio 3.5mm dan satu port USB-C untuk pemindahan data dan pengecasan.samsung-galaxy-a04-malaysia-specs

Di dalamnya pula disediakan pemprosesan okta-teras dengan RAM sehingga 4GB dan storan dalaman 64GB bersama-sama slot kad mikroSD yang menyokong sehingga 1TB. Telefon pintar ini juga hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh tanpa sokongan pengecasan pantas.

Untuk ketersambungan, Galaxy A04 menyediakan sokongan rangkaian 4G LTE, Wi-Fi 802.11 dan Bluetooth 5.0. Tiada sokongan NFC disediakan untuk telefon pintar yang menggunakan antaramuka Samsung One UI Core 4.1 yang berasaskan Android 12.samsung-galaxy-a04-malaysia-camera

Dari sudut fotografinya pula, telefon pintar mesra bajet Samsung ini hanya menyediakan dwi-kamera pada belakangnya yang mengandungi satu kamera utama 50MP f/1.8 dan kamera berkedalaman 2MP f/2.4. Pada sebelah hadapannya pula disediakan sebuah kamera 5MP untuk kegunaan swafoto dan panggilan video.

Harga Samsung Galaxy A04 di Malaysia

samsung-galaxy-a04-malaysia-warnaDi Malaysia, Samsung Galaxy A04 boleh didapati secara dalam talian dan juga wakil pengedar yang sah di seluruh negara. Anda boleh mendapatkannya pada harga dari RM479 untuk pilihan RAM 3GB + storan 32GB, dan RM559 untuk pilihan RAM 4GB + storan 64GB. Terdapat tiga pilihan warna yang disediakan untuk telefon pintar ini, Black, Copper dan Green.

  • Samsung Galaxy A04 (RAM 4GB + storan 64GB) – RM559
  • Samsung Galaxy A04 (RAM 3GB + storan 32GB) – RM479

Maklumat lanjut, layari https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a04-black-beauty-32gb-sm-a045fzkdxme/

Tinggalkan komentar