Samsung Malaysia pada hari ini telah memperkenalkan telefon pintar peringkat pemula baharunya, Samsung Galaxy A03.
Berkesinambungan dari Galaxy A02 yang dilancarkan pada tahun lalu, telefon pintar Samsung baharu ini hadir cipset okta-teras, kamera utama 48MP dan bateri berkapasiti besar.
Samsung Galaxy A03 dilengkapkan dengan paparan LCD TFT HD+ 6.5-inci beresolusi 720 x 1600 bersama-sama takuk yang menempatkan kamera hadapannya.
Ia juga didatangkan dengan Android 11, sokongan Bluetooth 5.0, dulang dwi-SIM dengan slot kad mikroSD, port mikro USB, dan bicu audio 3.5mm.
Sama seperti model yang terdahulu, telefon ini tidak menyediakan pengimbas cap jari. Untuk beratnya, Samsung menyatakan telefon ini hanya seberat 196g.
Telefon ini menampilkan cipset okta-teras UNISOC T606 yang bergandingan RAM sehingga 4GB dan storan dalaman sehingga 64GB. Ia boleh diperluaskan melalui slot kad mikroSD sehingga 1TB.
Selaku model telefon pintar pemula, Galaxy A03 hanya menyokong ketersambungan rangkaian 4G sahaja. Telefon ini juga menggunakan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 7.75W.
Pada bahagian belakangnya, telefon ini hadir dengan tetapan dwi-kamera yang mengandungi kamera utama 48MP, dan kamera berkedalaman 2MP. Manakala pada sebelah hadapannya pula disediakan sebuah kamera 5MP. Dari sudut rakaman videonya, telefon ini berkeupayaan merakamkan pada FHD dengan kadar 30fps.
Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan untuk Galaxy A03, iaitu Hitam, Biru, dan Merah. Untuk pilihan varian 3GB + 32GB, Samsung Galaxy A03 dijual pada harga RM469. Manakala untuk varian 4GB + 64GB pula, harganya adalah RM549.
Spesifikasi Samsung Galaxy A03
| Galaxy A03 | ||
| Paparan | 6.5″ HD+ (720 x 1600) TFT LCD | |
| Infinity-V | ||
| Kamera | Belakang | Utama: 48MP, F1.8 |
| Kedalaman: 2MP, F2.4 | ||
| Hadapan | Swafoto: 5MP, F2.2 | |
| Dimensi / Berat | 164.2 x 75.9 x 9.1mm / 196g | |
| Pemproses | Octa-Core (2xA75 1.6 GHz + 6xA55 1.6 GHz) | |
| UNISOC T606 | ||
| Memori | RAM 3GB/4GB | |
| Storan Dalaman 32GB/64GB | ||
| MicroSD slot (sehingga 1TB) | ||
| Kad SIM | 3 Slot (SIM 1 + SIM 2 + MicroSD) | |
| Kapasiti Bateri | 5,000mAh, Pengecasan 7.75W | |
| OS/Naik Taraf | Android 11.0 | |
| Sensor | Accelerometer, Sensor Light, Sensor Proximity | |
| Sambungan Tanpa Wayar | Bluetooth v5.0, 802.11 a/b/g/n/ac 2.4+5GHz, Wi-Fi Direct, GPS, Glonass, Galileo, QZSS | |
| Video | Rakaman: FHD (1920 x 1080) @30fps | |
| Warna | Black, Blue, Red | |
Kunjungi laman web rasmi Samsung Malaysia untuk mendapatkan Samsung Galaxy A03.













