Samsung telah mengumumkan Samsung Developer Conference 2021 (SDC21) akan dilangsungkan pada 26 Oktober 2021. Acara ini akan diadakan sepenuhnya secara dalam talian berikutan penularan wabak pandemik COVID-19.

Pelbagai pengumuman menarik akan dibuat bersempena acara tersebut sebagaimana yang telah dirancang oleh pihak Samsung.

Antara yang bakal diumumkan termasuklah antaramuka One UI untuk telefon pintar, tablet dan jam tangan pintar. Dijangkakan ia akan disertakan dengan penambahbaikan pada suara pembantu digital berkuasa AI, Bixby.

Selain itu, penambahan fungsi baharu pada Samsung Health, SmartThings, Tizen, Samsung Knox dan Samsung Internet turut dijangka akan diumumkan.

Samsung pada awal minggu ini telah mengumumkan One UI 4.0 yang berasaskan Android 12 pada minggu lalu. Dalam pada masa yang sama One UI Watch untuk Wear OS 3 dan versi baharu pelayar web Samsung Internet turut sama diumumkan.

Tinggalkan komentar