Kerajaan Russia baru-baru ini telah menyiapkan beberapa ujian bagi mengasingkan “RuNet” iaitu perkhidmatan internetnya sendiri dari rangkaian internet global. Ujian yang telah berjaya dilaksanakan ini merupakan sebahagian dari simulasi menguji sejauh mana keberkesanan perlindungan infrastruktur kritikal dalaman ketika berlaku serangan siber.
Ujian ini dilaksanakan selepas pihak kerajaan menerima kelulusan rang undang-undang melibatkan rangkaian internet pada Februari. Antara yang terkandung di dalamnya termasuklah memerlukan penyedia-penyedia perkhidmatan untuk membuat sekatan dan semakan terhadap keluar masuk trafik.
Secara keseluruhannya, 18 senario simulasi serangan dilaporkan telah dilaksanakan bagi menentukan tahap kecekapan telco persekutuan dan juga komersil, disamping mengekalkan tahap kebolehcapaian perkhidmatan setempat melalui cache DNS.
Menurut Menteri Komunikasi Russia, kejayaan pengujian ini menunjukkan syarikat telekomunikasi dan pihak berkuasa tempatan mampu menangani ancaman siber tanpa menjejaskan kualiti perkhidmatan.
Sesetengah pihak berpendapat usaha Russia mengasingkan rangkaiannya dengan rangkaian internet global adalah bagi mengekang ancaman serangan siber dan pada yang sama menapis kandungan media sosial yang diterima oleh rakyatnya.
Sumber berita diperoleh dari Techspot













