Kementerian Kerja Raya telah mengumumkan kutipan tol menggunakan sistem RFID akan mula dilaksanakan di seluruh lebuh raya sistem terbuka bermula 1 Januari tahun depan. Kenyataan tersebut telah dikeluarkan melalui satu cicipan di akaun rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia pada 23 Disember 2019.
Penggunaan sistem RFID membolehkan pengguna memautkan aplikasi dompet elektronik Touch ‘n Go masing-masing dengan pelekat RFID yang dipasangkan pada kenderaan. Pelaksanaan sistem ini akan membenarkan plaza-plaza tol mengesan isyarat RFID pengguna dan seterusnya bayaran tol dibuat dari baki akaun dompet elektronik secara automatik.
Menurut kenyataan tersebut lagi, RFID dijangka mampu mengurangkan kesesakan trafik di plaza-plaza tol. Melalui cara ini, pengguna boleh membayar secara nirwayar tanpa perlu memberhentikan kenderaan ketika membuat pembayaran.
KENYATAAN MEDIA: Pelaksanaan Kutipan Tol Menggunakan Teknologi Radio Frequency Identification (RFID) di Semua Plaza, Lebuh Raya Sistem Tol Terbuka Mulai 1 Januari 2020. #RFID @LLMKP @HassanShuhaimi @LLMinfotrafik @MOWorks @JKRMalaysia @RakanKKR @plus2u pic.twitter.com/ui84LE9anj
— LLM (@LLMrasmi) December 23, 2019
Pihak kerajaan juga berhasrat untuk menjadikan pelaksanaan RFID ini sebagai batu loncatan ke arah sistem kutipan tol tanpa henti sepenuhnya di masa depan.
Sumber berita diperoleh dari Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia













