KUALA LUMPUR, 4 Jun 2020 – Pekerja yang kembali bertugas selepas merentas negeri di Semenanjung dengan kebenaran polis tidak diwajibkan oleh majikan untuk kuarantin diri selama 14 hari.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan itu tidak mengikut peraturan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), terutama sekiranya majikan terbabit memotong cuti tahunan atau mengarahkan bercuti tanpa gaji bagi tempoh kuarantin berkenaan.

“Tindakan itu tidak dibenarkan kerana dari segi peraturan MKN, hanya rakyat Malaysia pulang dari luar negara mesti dikuarantin wajib selama 14 hari, selain rakyat yang pulang dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

“Bagi rentas negeri atau daerah di Semenanjung, kita tidak benarkan. Mereka yang mendapat kebenaran polis untuk merentas negeri tidak diwajibkan menjalani kuarantin 14 hari.

“Justeru, tindakan mengarahkan kuarantin itu hanya dibuat majikan berkenaan tanpa mengikut peraturan MKN. Mereka pandai-pandai membuat (peraturan) sendiri saja. Selain itu, lebih salah apabila tempoh 14 hari itu dikira sebagai bercuti tanpa gaji,”

 

Tinggalkan komentar