Xiaomi telah melancarkan telefon pintar terbaharunya di bawah jenama Redmi, iaitu Redmi Turbo 4. Telefon ini adalah yang pertama menggunakan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 8400-Ultra, yang merupakan versi yang telah diubahsuai oleh Xiaomi.

Cip pemprosesan MediaTek Dimensity 8400-Ultra yang digunakannya dibina dengan teknologi 4nm dengan konfigurasi 1+3+4 dan dipadankan dengan GPU Immortalis-G720 MC7. Ia dikatakan mampu menawarkan peningkatan prestasi yang signifikan, dengan skor penanda aras AnTuTu mencapai sehingga 1.8 juta.

Untuk paparannya, ia menggunakan skrin AMOLED 6.67-inci beresolusi 1220p. Ia mempunyai kadar penyegaran semula 120Hz, kecerahan puncak global 1,400 nits dan kecerahan puncak HDR 3,200 nits.

Baterinya pula berkapasiti bateri 6,550mAh dengan teknologi silikon karbon turut menyokong pengecasan berwayar 90W membolehkan pengisian semula bateri dengan cepat.

Menggunakan sistem operasi Android 15 melalui HyperOS 2.0, ia juga mempunyai ciri ketahanan yang memenuhi piawaian IP66, IP68 dan IP69 untuk debu dan air. Dari segi ketersambungan, ia menyokong 5G, Wi-Fi 6, Bluetooth 6.0, NFC dan juga port inframerah.

Harga dan Ketersediaan

Di China, Redmi Turbo 4 bermula pada harga CNY1999 (~RM1,227) dan boleh didapati dengan pilihan warna hitam, putih atau biru laut. Telefon pintar ini dijangka akan diperkenalkan di pasaran global sebagai POCO X7 Pro.

Redmi Turbo 4 menjanjikan pengalaman yang hebat dengan kombinasi cip pemprosesan yang berkuasa, bateri yang besar dan tahan lama, serta paparan yang berkualiti tinggi. Ia adalah pilihan yang menarik bagi mereka yang mencari telefon pintar kelas pertengahan dengan ciri-ciri premium.

Tinggalkan komentar