Redmi Pad diperkenalkan di pasaran Malaysia dengan ketiga-tiga konfigurasinya mula dijual pada harga kurang dari RM1,000 untuk model pemulanya. Tablet terkini dari Redmi ini pertama kali dilancarkan di India pada minggu lepas.

Spesifikasi Redmi Pad untuk pasaran tempatan sama seperti yang diperkenalkan di India.. Secara ringkasnya, tablet ini menampilkan paparan IPS LCD 10.6-inci dengan resolusi 1200 x 2000 dan kadar penyegaran semula adaptif 90Hz. Melengkapkan penawaran hiburannya, turut disediakan sistem bunyi terbina dalam dengan empat pembesar suara yang ditala dengan Dolby Atmos.

Selaku tablet peringkat menengah, Redmi Pad dilengkapkan dengan cipset delapan teras MediaTek Helio G99 bersama-sama GPU Mali G57 MC2 dengan RAM sehingga 6GB dan storan dalaman sehingga 128GB.

Tiada sokongan selular ditawarkan, namun tablet ini menyediakan ketersambungan Wi-Fi dan Bluetooth 5.1. Tidak ketinggalan, tablet ini dikuasakan oleh bateri 8,000mAh dengan pengecasan pantas 18W.Xiaomi-Redmi-Pad-Malaysia-Price

Terdapat dua kamera 8MP yang disediakan dengan setiap satunya ditempatkan pada depan dan belakangnya. Apa yang menarik, kamera hadapannya menawarkan sudut pandangan 105-darjah dan mempunyai ciri FocusFrame yang mengesan pergerakan pengguna ketika panggilan video.

Harga Redmi Pad di Malaysia

Redmi Pad kini boleh didapati di Malaysia melalui kedai dalam talian rasmi Xiaomi dan wakil jualan yang sah di seluruh negara. Anda juga boleh mendapatkannya menerusi kedai rasminya di Lazada dan Shopee pada harga seperti berikut:

  • Redmi Pad (RAM 3 GB + ROM 64 GB) – RM 899
  • Redmi Pad (RAM 4GB + ROM 128GB) – RM 999
  • Redmi Pad (RAM 6GB + ROM 128GB) – RM 1,099

Tinggalkan komentar