Siri Redmi Note 12 kini secara rasminya dilancarkan di pasaran Malaysia melalui Redmi Note 12, Redmi Note 12 5G dan Redmi Note 12 Pro+ 5G. Pra-tempahan bagi siri ini akan bermula pada 6 April hingga 13 April 2023.

Anda yang berminat boleh mendapatkannya menerusi kedai rasmi Xiaomi, wakil pengedar yang sah dan juga secara dalam talian di Lazada dan Shopee. Sepanjang tempoh pra-tempahan ini, anda berpeluang menerima Redmi Smart Band 2 secara percuma bagi setiap pembelian siri Redmi Note 12 selagi stok masih ada.

Siri yang kesemuanya mempunyai penarafan kerintangan IP53ini hanya mempunyai satu pilihan RAM ditawarkan dengan tiga warna unik yang boleh dipilih.Redmi Note 12 Series Malaysia

Redmi Note 12 Harga (RM) Tawaran khas pra-tempahan Tawaran khas jualan pembukaan (bermula dari 14 April)
Redmi Note 12 Pro+ 5G (8GB + 256GB) 1,599 Percuma Redmi Smart Band 2 Percuma Redmi Buds 4 Lite
Redmi Note 12 5G (8GB+256GB) 1,099 Percuma Redmi Smart Band 2 Percuma Redmi Buds 4 Lite
Redmi Note 12 (8GB + 128GB) 799 Redmi Smart Band 2 Percuma Percuma Redmi Buds 4 Lite
Redmi Note 12 (6GB + 128GB)

*Ekslusif platform dalam talian

 699 Harga diskaun RM659 + Percuma Redmi Smart Band 2 Percuma Redmi Buds 4 Lite

*Harga Pembeli Terawal platform dalam talian ditawarkan bermula dari 6 April hingga 14 April 2023. Hanya untuk Redmi Note 12 (6GB+128GB). Selagi stok masih ada.

Dari segi spesifikasi teknikal, Redmi Note 12 menggunakan pemprosesan Snapdragon 685, manakala Redmi Note 12 5G pula menggunakan Snapdragon 4 Gen 1. Lain-lain spesifikasi untuk kedua-dua model ini adalah sama. Ia merangkumi skrin AMOLED 6.67-inci FHD+ 120Hz dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Kedua-duanya juga mempunyai tri-kamera yang mengandungi satu kamera ultra-lebar 8MP dan satu makro 2MP, kecuali untuk kamera utamanya. Redmi Note 12 mempunyai kamera utama 50MP, manakala untuk varian 5G pula mempunyai kamera utama 48MP. Untuk kamera hadapannya, kedua-dua model ini mempunyai sebuah kamera 13MP.

Untuk Redmi Note 12 Pro+ 5G pula, ia menggunakan pemprosesan MediaTek Dimensity 1080 bersama-sama skrin AMOLED 6.67-inci 120Hz dengan integrasi Dolby Vision Atmos.

Ia juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan teknologi HyperCharge 120W, dan kamera hadapan 16MP. Untuk tri-kamera di belakangnya yang terdiri daripada kamera utama 200MP (OIS), kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP.

Tinggalkan komentar