Xiaomi akan melancarkan siri Redmi Note 12 pada Khamis ini, 27 Oktober dan dijangkakan terdapat tiga buah model akan diperkenalkan.

Siri Redmi Note 12 ini dikatakan akan menggunakan cipset MediaTek Dimensity 1080 melalui model Note 12, Note 12 Pro dan Note 12 Pro+. Kesemua model-model ini akan dilancarkan di China pada jam 7 malam tarikh yang sama.

Turut disahkan, Redmi Note 12 Pro akan menampilkan kamera utama dengan sensor 50MP Sony IMX 766 1/1.56″ yang berkeupayaan menangkap fusion piksel sehingga 2μm.

Selain dari itu, ketiga-tiga model yang akan dilancarkan kelak, Note 12, Note 12 Pro dan Note 12 Pro+ akan menawarkan sokongan pengecasan pantas sehingga masing-masing 67W, 120W, and 210W. Redmi Note 12 Pro+ juga dijangka akan menampilkan kamera utama 200MO dengan skrin AMOLED melengkung.

Tinggalkan komentar