Xiaomi pada hari ini secara rasminya telah memperkenalkan Redmi Note 11 ke pasaran global. Sebanyak empat buah model di dalam siri telefon pintar ini diperkenalkan untuk pasaran global, berbanding hanya tiga sahaja bagi pasaran China.

Model standard Redmi Note 11 yang dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 680 turut menampilkan RAM sehingga 6GB dan storan dalaman 128GB. Ia juga dilengkapkan dengan paparan AMOLED Full HD+ 6.43-inci yang mempunyai kadar penyegaran semula 90Hz.

Kamera bagi model standard ini menampilkan kamera utama 50MP yang bergandingan dengan kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera berkedalaman 2MP. Untuk swafoto, sebuah kamera 13MP pada paparan berpenebuk lubang di sebelah hadapannya turut disediakan.Redmi Note 11 Standard

Seterusnya, Redmi Note 11S turut mempunyai paparan yang sama dengan standard iaitu AMOLED Full HD+ 6.43-inci, namun ia menggunakan cipset MediaTek G96. Model telefon ini juga boleh didapati dengan pilihan RAM sehingga 8GB, dan storan 128GB.Redmi Note 11S

Xiaomi masih lagi mengekalkan kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera berkedalaman 2MP bagi model ini. Bagaimanapun, untuk Note 11S ini, ia dibezakan pada kamera utamanya yang menggunakan sensor 108MP dan kamera hadapan 16MP.

Redmi Note 11 Pro dan Note 11 Pro 5G

Bagi Note 11 Pro dan Note 11 Pro 5G pula, Xiaomi menawarkan paparan AMOLED yang lebih besar iaitu 6.67-inci dengan kadar penyegaran semula yang lebih tinggi pada 120Hz. Sama seperti Note 11S, mode Pro ini juga boleh didapati dengan pilihan RAM sehingga 8GB dan storan 128GB.Redmi Note 11 Pro

Begitu juga untuk kameranya, model-model Pro ini menawarkan apa yang terdapat pada model Note 11S. Cuma untuk model Pro 5G, kamera berkedalaman 2MP tidak disediakan padanya.Redmi Note 11 Pro 5G

Turut dibezakan, model-model Pro ini menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 695 berbanding Note 11S yang menggunakan MediaTek G96.

Menariknya, keempat-empat model telefon pintar Xiaomi ini dilengkapkan dengan bateri 5,000mAh. Bagaimanapun, cuma Note 11 dan Note 11S sahaja yang menyokong pengecas dengan kadar kuasa sehingga 33W. Manakala bagi model-model Pro pula, ia boleh dicaskan menggunakan pengecas 67W.Siri Redmi Note 11

Ini bermakna Note 11 dan Note 11S akan mengambil masa yang sedikit panjang berbanding model-model Pro di dalam siri ini. Namun, masa yang diambil untuk mengecaskan model-model di dalam siri ini dikatakan masih lagi boleh dicapai di bawah satu jam. Note 11 Pro dan Note 11 Pro 5G hanya mengambil 15 minit untuk mencapai separuh dari kapasiti baterinya.Redmi Note 11 Pro Specs

Buat masa ini, harga bagi keempat-empat model Redmi Note 11 di pasaran Malaysia masih lagi belum diumumkan. Sebagai rujukan, berikut adalah harga standard bagi keempat-empat model berkenaan di seluruh dunia.

  • Note 11
    • 4GB/64GB – US$179 (~RM750)
    • 4GB/128GB – US$199 (~RM835)
    • 6GB/128GB – US$229 (~RM960)
  • Note 11S
    • 6GB/64GB – US$249 (~RM1,044)
    • 6GB/128GB – US$279 (~RM1,170)
    • 8GB/128GB – US$299 (~RM1,254)
  • Note 11 Pro
    • 6GB/64GB – US$299 (~RM1,254)
    • GB/128GB – US$329 (~RM1,379)
    • 8GB/128GB – US$349 (~RM1,463)
  • Note 11 Pro 5G
    • 6GB/64GB – US$329 (~RM1,379)
    • 6GB/128GB – US$349 (~RM1,463)
    • 8GB/128GB – US$379 (~RM1,589)

Tinggalkan komentar