Xiaomi baru-baru telah mengumumkan kerjasamanya dengan Maxis dalam melancarkan Redmi 10 5G ke pasaran Malaysia. Perkembangan ini dilihat agak mengejutkan kerana syarikat telekomunikasi berkenaan masih belum mendedahkan garis masa pelaksanaan 5G ke pengguna umum.

Secara amnya, telefon pintar yang baharu dilancarkan ini merupakan varian 5G yang diperbaharui dari Redmi 10. Ia membawakan spesifikasi yang dipertingkatkan melalui pemprosesan yang lebih berkuasa, dan paparan yang sedikit besar. Cuma kamera-kameranya sahaja yang kini kurang bilangannya berbanding sebelum ini.

Redmi 10 5G menampilkan paparan LCD 6.58-inci dengan takuk yang menempatkan kamera pada sebelah hadapannya. Skrinnya ini menawarkan kadar penyegaran semula 90Hz dengan perlindungan oleh Corning Gorilla Glass 3. Telefon pintar ini boleh dinyahkunci melalui pengimbas cap jari pada butang sisinya dan juga melalui wajah.Redmi-10-5G-50MP Camera

Ia menggunakan cipset MediaTek Dimensity 700 dan untuk pasaran Malaysia, Maxis hanya menawarkan dalam pilihan RAM dan storan 6GB + 128GB sahaja. Telefon pintar dengan sokongan dwi-SIM ini juga menyediakan slot kad mikroSD dengan sokongan sehingga 512GB untuk storan tambahan.Redmi-10-5G-camera

Terdapat dwi-kamera pada bahagian belakangnya, dengan kamera utama 50MP dan kamera 2MP untuk kamera berkedalamannya. Pada sebelah hadapannya pula disediakan sebuah kamera 5MP pada bahagian takuk paparannya.

Melalui bateri berkapasiti 5,000mAh, Redmi 10 5G menyokong pengecasan 18W. Untuk ketersambungannya pula, selain sokongan 5G ia juga menyokong Bluetooth 5.1, NFC, dan port bicu audio 3.5mm.redmi-10-5g-specifications

Harga jualan Redmi 10 5G di Malaysia adalah RM959 dan boleh didapati secara eksklusif menerusi Maxis sahaja buat masa ini. Anda juga boleh mendapatkannya pada harga serendah RM1 bergantung pada pelan Maxis Postpaid dan Zerolution yang anda pilih.

Menerusi program Zerolution, Redmi 10 5G berharga RM1 sebulan melalui pelan Maxis Postpaid 188. Anda juga boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM1 sahaja dengan kontrak biasa 24-bulan dengan pelan Maxis Postpaid 128.

Tinggalkan komentar