Fungsi “Pay Direct” melalui aplikasi dompet digital TNG eWallet telah mula diaktifkan untuk digunakan di beberapa buah plaza tol lebuhraya sekitar Lembah Klang termasuk – SMART, DUKE dan LKSA.
Kad Touch ‘n Go fizikal pengguna boleh dipautkan ke aplikasi dompet digital TNG eWallet dan pembayaran dilakukan dengan menolak terlebih dahulu baki pada dompet digital sebelum baki pada kad fizikal ditolak.
Bagi menggalakkan penggunaan fungsi Pay Direct, Touch ‘n Go telah memperkenalkan promosi rebat 20 peratus untuk pembayaran secara “Pay Direct” di plaza-plaza tol yang terpilih.
Bagaimanapun, promosi ini dihadkan pada 10 kali pembayaran sahaja bagi setiap pengguna. Serta, jumlah maksimum kadar tol yang layak menerima rebat ini hanyalah sehingga RM3 sahaja, bersamaan rebat maksima 60 sen sahaja.
Macam tak ikhlas je nak bagi promosi.
Sumber berita diperoleh dari Touch N Go













