Tablet pertama keluaran realme, realme Pad kini telah dilancarkan secara rasminya, menampilkan paparan IPS LCD 10.4-inci. Hadir dengan cipset Helio G80, tablet ini menawarkan pilihan RAM 3 atau 4GB dan storan 32GB atau 64GB.
Untuk fotografi, tablet realme ini menyediakan satu kamera hadapan 8MP, dan satu kamera 8MP di sebelah belakangnya. Untuk bekalan kuasanya, tablet ini menggunakan bateri berkapasiti 7,100mAh dengan pengecasan 18W. Ia juga menyokong pengecasan berbalik.
realme Pad menggunakan antaramuka realme UI for Pad yang berasaskan Android 11. Antaramuka ini telah disesuaikan untuk penggunaan pada peranti berskrin besar.
Ditawarkan dengan pilihan warna Real Gold dan Real Grey, tablet ini menawarkan tiga versi, iaitu:
- 3/32 GB Wi-Fi berharga $190 (~RM788)
- 3/32 GB Wi-Fi + LTE berharga $215 (~RM891)
- 4/64 GB Wi-Fi + LTE berharga $245 (~RM1,016)
realme Pad dijangka akan mula dijual di pasaran India pada 16 September 2021.













