Utama Android Realme realme Malaysia umumkan Watch 2 Pro; Berharga RM299

realme Malaysia umumkan Watch 2 Pro; Berharga RM299

607
0
realme-Watch-2-Pro

Awal bulan ini, realme Malaysia telah mengumumkan pelancaran beberapa peranti baharunya, termasuk Watch 2. Kini, turut diumumkan realme Watch 2 Pro dengan beberapa ciri penambahbaikan dari Watch 2.

realme Watch 2 Pro didatangkan dengan skrin yang sedikit besar, 1.75-inci berbanding 1.4-inci pada model standardnya. Paparan ini juga mempunyai kadar penyegaran semula 30Hz dengan kecerahan maksima 600 nits.

Baterinya juga sedikit besar iaitu pada 390mAh, serta lebih berat, 40g. Menurut realme, jam tangan pintar ini mampu bertahan untuk digunakan sehingga 14 hari.

Dari segi perisiannya, realme Watch 2 Pro menyokong 90 mod sukan dengan lebih 100 jenis hiasan paparan jamnya. Jam tangan pintar ini juga mempunyai penarafan IP68 yang memberikannya lebih ketahanan apabila digunakan di luar. realme Watch 2 Pro boleh didapati di pasaran pada harga RM299 bermula 29 Mei ini.

realme-Buds-Wireless-2Selain jam tangan pintar, realme Malaysia juga turut mengumumkan Buds Wireless 2 dan Buds Wireless 2 Neo. Kedua-dua putik telinga nirwayar ini mampu memainkan sehingga 22 jam dan 17 jam, masing-masing.realme-Buds-Wireless-2-Neo

Untuk penarafan IP, Buds Wireless 2 mendapat IPX5, manakala Buds Wireless 2 Neo pula adalah IPX4. Buds Wireless 2 dan Buds Wireless 2 Neo dijual masing-masing pada harga RM199 dan RM99 bermula 6 Jun ini di Shopee.realme-Pocket-Bluetooth-Speaker

Turut diperkenalkan realme Pocket Bluetooth Speaker. Pembesar suara 360-darjah ini boleh menjadi stereo apabila digabungkan dengan sebuah lagi set yang sama. Pembesar suara nirwayar realme ini dijual dengan harga RM79.

Tinggalkan komentar