realme pertama kalinya memperkenalkan realme GT Neo 2 pada September lalu di China. Kini, realme telah mengumumkan kehadiran telefon pintar ini ke pasaran Malaysia.

realme GT Neo 2 hadir dengan paparan AMOLED Full HD+ 6.62-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan pensampelan sentuhan 600Hz. Kuasa pemprosesannya menggunakan Qualcomm Snapdragon 870. Bergandingan dengan RAM 12GB, telefon ini turut menawarkan storan 256GB.

Melalui bateri berkapasiti 5,000mAh, realme GT Neo 2 menyokong pengecasan pantas 65W. Tidak ketinggalan sepasang pembesar suara stereo turut disediakan.

Selain kamera hadapan 16MP, realme GT Neo 2 turut hadir dengan tri-kamera yang mengandungi:

  • sensor utama 64MP
  • sensor ultra lebar 8MP
  • sensor makro 2MP

realme GT Neo 2 akan dijual di pasaran Malaysia bermula 11 November ini menerusi kedai dalam talian rasminya dan juga di Lazada dan Shopee pada harga RM2,099.

Tinggalkan komentar