Realme Malaysia pada hari ini telah mengumumkan realme GT 2 Pro akan hadir ke Malaysia tidak berapa lama lagi. Berdasarkan hantaran laman Facebook rasminya, telefon ini akan dilancarkan pada 24 Mac 2022 secara langsung di Facebook Realme Malaysia pada jam 2 petang.

Terdapat pelbagai desas-desus mengenai spesifikasi telefon pintar ini diperkatakan di internet. Antaranya, telefon ini dikatakan akan menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 1. Malah, telefon ini juga akan dilengkapkan dengan teknologi Stainless Steel Vapour Cooling Max melalui struktur penyejukan 9 lapisannya.

Seperkara lagi berkenaan ciri menarik realme GT 2 Pro ini adalah kamera bersudut ultra lebar 150 darjah di dalam mod ‘Fisheye’. Pengguna dapat memanfaatkan kesan kedalaman medan pada kameranya.

Selain itu, realme GT 2 Pro juga akan menjadi peranti pertama menggunakan bahan berasaskan bio pertama yang mengurangkan pelepasan karbon sehingga 63% bagi setiap kilogram.

Menerusi maklumat yang tertiris sebelum ini, telefon ini dikatakan akan menawarkan pilihan storan sehingga 1TB. Sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut, sama-sama kita nantikannya pada minggu hadapan.

Tinggalkan komentar