realme Malaysia telah mengumumkan telefon pintar peringkat pemula baharu keluarannya, realme C30s akan hadir ke pasaran tempatan bermula minggu hadapan.

Sungguhpun telefon pintar ini menawarkan harga yang lebih mesra bajet berbanding varian standard yang dilancarkan pada Julai lalu, model kali ini merupakan siri realme C pertama yang menampilkan ciri pengimbas cap jari pada sebelah tepinya.

reakme C30s menampilkan paparan LCD IPS 6.5-inci beresolusi 720 x 1600 piksel bernisbah aspek 20:9 dengan kecerahan sehingga 400 nits.realme-c30s-malaysia-stripe blue

Selain dari pengimbas cap jari, telefon pintar ini juga menyediakan satu pembesar suara, bicu audio 3.5mm dan satu port microUSB 2.0 untuk pengecasan dan pemindahan data. Rekaannya kelihatan saling tak tumpah seperti C30 standard dan boleh didapati dengan pilihan warna Stripe Blue dan Stripe Black.realme-c30s-malaysia-stripe black

Seterusnya, untuk spesifikasi dalamannya, telefon pintar peringkat pemula ini menggunakan pemprosesan okta-teras Unisoc SC9863A. Kuasanya sedikit rendah kerana mempunyai kelajuan klok yang lebih rendah sedikit berbanding Uniso T612 yang digunakan pada realme C30.

Bersama-sama pemprosesan ini, telefon pintar ini menggunakan GPU IMG8322 dengan RAM sehingga 4GB, dan storan dalaman sehingga 64GB. Turut disediakan satu slot kad mikro SD yang boleh digunakan bagi tujuan ruangan storan tambahan.realme-c30s-malaysia-spesifikasi

Sebuah bateri berkapasiti 5,000mAh turut disediakan bersma-sama sokongan pengecasan 10W. Telefon pintar yang menggunakan Android 12 melalui antaramuka realme UI Go ini turut menyediakan sokongan sambungan Wi-Fi, dan Bluetooth 4.2. Tiada sokongan NFC disediakan untuk telefon pintar ini.

Fotografi bagi realme C30s ini hadir melalui satu kamera 8MP yang mempunyai keupayaan AI dan mampu merekodkan video 1080p pada 30fps. Dalam pada masa yang sama, satu kamera 5MP ditempatkan pada sebelah hadapan pada bahagian takuk di atas paparannya.

Harga realme C30s di Malaysia

realme-c30s-malaysiaTelefon pintar harga bajet realme C30s akan mula dijual di Malaysia pada 25 November ini melalui kedai rasminya dalam talian di Shopee dan Lazada, serta wakil-wakil pengedar yang sah di seluruh negara.

Bersempena pelancarannya ini juga, realme menawarkan realme C30s pada harga diskaun RM 368 untuk konfigurasi 3 GB + 32 GB dan RM 459 untuk konfigurasi 4 GB + 64 GB. Harga pasaran realme C30s masing-masing RM399 dan RM499

Tinggalkan komentar