Realme Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar baharunya, Realme C21. Telefon pintar bajet ini dijual pada harga RM499 di pasaran tempatan.

Realme C21 menawarkan paparan HD+ 6.5-inci bernisbah aspek 20:9 dengan lekukan kecil di atas yang menempatkan kamera swafotonya. Menurut Realme, C21 telah menerima persijilan TUV Rheinland atas faktor kelasakan paparannya.

Siri telefon ini menggunakan cipset Helio G35, sama dengan hampir kebanyakan siri Realme C lain. Sebelum ini cipset ini turut digunakan pada Realme C11, Realme C12, Realme C15, dan Realme C20. Ia juga menawarkan RAM 3GB dan storan 32GB. Untuk penambahan storan, ia turut menyediakan slot kad mikroSD.

Pada hadapannya ditempatkan sebuah kamera swafoto 5MP untuk mengambil swafoto dan juga pangilan video. Belakangnya pula disediakan kamera dengan tetapan tri-kamera yang terdiri dari sebuah kamera utama 13MP dan sepasang kamera 2MP.

Telefon yang masih menyediakan bicu audio ini menggunakan sistem operasi Android 10. Realme C21 menggunakan bateri 5,000mAh dan hanya menyokong pengecasan 10W sahaja.

Selain itu, ia turut menawarkan sokongan dwi-SIM, 4G-VoLTE, Wi-Fi, Bluetooth, GPS, dan mikroUSB.

Realme C21 yang menawarkan pilihan warna hitam dan biru kini boleh didapati menerusi Lazada dan wakil jualan yang sah di seluruh Malaysia pada harga RM499.

Spesifikasi Realme C21

Prestasi

Pemprosesan Octa-core (4×2.3 GHz Cortex-A53 & 4×1.8 GHz Cortex-A53)
Cipset MediaTek Helio G35 (12 nm)
GPU PowerVR GE8320
RAM & Storan 32GB, 3GB RAM
Storan tambahan mikroSDXC (slot khas)
Sistem operasi Android 10, realme UI 1.0
Bateri Li-Po 5000 mAh, bateri tidak boleh ditanggalkan
Pengecasan 10W
Pengecasan berbalik

Skrin

Saiz paparan 6.5 inci
720 x 1600 piksel
Jenis paparan IPS LCD

Kerangka

Ukuran 165.2  x  76.4  x  8.9 mm
Berat 190 g
Jenis kerangka Depan kaca, belakang plastik, bingkai plastik
Warna Hitam, Biru

Ketersambungan

SIM Dwi SIM (Nano-SIM, dwi bersedia)
Kelajuan data HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE
Wifi Wi-Fi 802.11 b/g/n, hotspot
Bluetooth 5.0, A2DP, LE
NFC Tiada
USB mikroUSB 2.0, USB On-The-Go

Penderia

Penderia Pengimbas cap jari (bahagian belakang), accelerometer, proksimiti, kompas
GPS Ada, dengan A-GPS, GLONASS, BDS
Radio FM radio

Kamera & Video

Kamera belakang Tri-kamera : 13MP (utama) + 2MP (telefoto) +2MP (monokrom)
Kamera depan 5 MP, f/2.2, (lensa lebar), 1/5.0″, 1.12µm
Video 1080p@30fps
Swafoto: 1080p@30fps
Ciri lain Flash LED, HDR, panorama
Swafoto: HDR, panorama

Audio

Pembesar suara Ada
Bicu audio Ada
Radio FM radio

Tinggalkan komentar