realme Malaysia hari ini telah mengumumkan kehadiran realme 8 5G ke pasaran tempatan secara rasminya. Telefon pintar model terbaru ini hadir dengan cipset Dimensity 700 5G, paparan dengan kadar penyegaran semula 90Hz, bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W, serta banyak lagi.
Menurut Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia, “Kami telah mengeluarkan beberapa telefon pintar 5G di Malaysia bagi kategori unggulan kami. Pada masa ini, keperluan penggunaan 5G secara meluas semakin meningkat. Hari ini, kami gembira dapat berkongsi berita hebat dengan rakyat Malaysia kerana kami membawa kepantasan tanpa had dengan realme 8 5G,”
Cipset Dimensity 700 5G yang digunakan oleh telefon pintar ini menggabungkan dua teras ARM Cortex-A76 berprestasi tinggi di dalam CPU lapan terasnya mampu dioperasikan sehingga 2.2GHz. Dimensity 700 menggunakan proses pembuatan 7nm dan mampu memberikan kecekapan tenaga sehingga 28% berbanding cipset yang dihasilkan melalui proses pembuatan 8nm.
Melalui GPU ARM Mali-G57 MC2 dengan kelajuan klok 950MHz, cipset ini juga berkeupayaan menyokong kadar penyegaran semula skrin 90Hz. Tidak ketinggalan, cipset yang menyokong rangkaian 5G ini juga boleh menggunakan Dwi-SIM 5G Dwi-Sedia, membolehkan telefon ini menyokong penggunaan data 5G.
Memori dan Storan
realme 8 5G di Malaysia hadir dengan konfigurasi memori 8GB dan storan dalaman 128GB. Apa yang menarik dengan storan dalaman telefon pintar terbaru realme ini adalah ianya boleh digunakan sebagai memori tambahan sehingga 3GB lagi. Ianya dapat dilakukan menerusi teknologi Dynaimc RAM Expansion (DRE) atau kita biasa menyebutnya sebagai Virtual RAM pada PC. Selain itu, storan realme 8 5G boleh diperbesarkan melalui slot kad mikroSD sehingga 1TB yang disediakan bersebelahan dengan dulang dwi-kad SIM.
Paparan
Melalui paparan 6.5-inch 90Hz Ultra Smooth, realme 8 5G didatangkan dengan kadar penyegaran semula 90Hz dan kadar pensampelan maksimum 180Hz. Justeru memberikan pengalaman kepenggunaan dan tontonan yang lebih lancar dan jelas.
Bateri
Dilengkapkan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh, realme 8 5G turut menyokong pengecasan pantas USB-C 18W. Telefon pintar ini juga turut memperkenalkan teknologi Smart 5G Power Saving. Ianya mampu mengesan isyarat di sekeliling secara pintar dan menukar isyarat 4G dan 5G mengikut keadaan. Kaedah ini dikatakan mampu menjimatkan 30% penggunaan tenaga berbanding tanpa penukaran isyarat secara automatik.
Kamera
Bersama-sama kamera Nightscape 48MP, kamera belakang realme 8 5G mengandungi sensor utama Ultra HD 48MP, sensor monokrom dan sensor makro. Sensor Nightscape 48MP pada kamera belakangnya dikatakan mampu mengambil foto di waktu malam dengan lebih baik berdasarkan bukaan aperturenya yang besar F1.8.
Harga realme 8 5G
| Versi | Warna | Maklumat Jualan |
|
realme 8 5G (8GB+128GB) RRP: RM899
|
Supersonic Blue & Supersonic Black |
Jualan ‘online’ pertama di Lazada
● 28 Mei 2021, 12 tengah malam ● Diskaun eksklusif hari pertama jualan – RM799 ● Pautan:
Jualan ‘offline’ pertama di semua pengedar sah realme ● Bermula 28 Mei 2021 ● PERCUMA ‘Portable Smoothie Blender’ (stok terhad) ● Pautan:
Boleh didapati melalui pelan telekomunikasi tidak lama lagi |













