Lanjutan dari pelancaran Realme 6 dan Realme 6i ke pasaran Malaysia baru-baru ini, kini tiba giliran Realme 6 Pro pula diperkenalkan di Malaysia.

Pertama kali diperkenalkan ke peringkat global awal Mac lalu, reka bentuk luaran Realme 6 Pro kelihatan sama seperti Realme 6. Namun, ianya pasti hadir dengan ciri kelebihannya yang tersendiri.

Realme 6 Pro dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 720G, manakala Realme 6 menggunakan cipset MediaTek Helio G90T. Model pro juga menampilkan dwi-kamera swafoto dengan lensa kamera utamanya menggunakan sensor Sony IMX471 16MP dan lensa bersudut ultra-lebar 8MP. Ianya juga didatangkan dengan paparanĀ  6.6-inci Full HD+ 90Hz.

Kamera belakang Relame 6 Pro menampilkan sensor Samsung GW1 64MP bersama-sama lensa bersudut ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP, serta lensa telefoto 12MP. Kapasiti bateri yang ditawarkan bagaimanapun, masih lagi sama dengan Realme 6, iaitu 4,300mAh dengan sokongan Flash Charge 30W.

Realme 6 Pro akan dilancarkan ke Malaysia pada 11 Mei ini menerusi siaran langsung dalam talian di laman Facebook rasmi Realme Malaysia. Harga dan tarikh ianya mula dijual dijangka bakal diumumkan sewaktu majlis pelancaran berkenaan.

Tinggalkan komentar