Tidak lama selepas pengumumannya pada hujung November lalu, realme 10 Pro+ 5G kini secara rasminya telah dilancarkan. Seperti yang dijangkakan, ia turut hadir bersama-sama realme 10 Pro dengan sedikit perbezaan dari model yang dilancarkan di China baru-baru ini.

Untuk realme 10 Pro+ 5G, ia hadir dengan skrin Full HD+ 6.7-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz bersama-sama pemprosesan MediaTek Dimensity 920. Berbeza dengan model untuk pasaran China yang menggunakan MediaTek Dimensity 1080.

Melalui baterinya yang berkapasiti 5,000mAh, telefon pintar ini juga menyediakan sokongan pengecasan 67W. Turut disediakan tri-kamera pada bahagian belakangnya yang terdiri daripada kamera utama 108MP + kamera bersudut lebar 8MP dan kamera berkedalaman 2MP. Pada sebelah hadapannya pula disediakan satu kamera 16MP.

Realme-10-Pro+ 5G Price
realme 10 Pro+

Seterusnya, untuk realme 10 Pro pula ia hadir dengan skrin Full HD+ 6.72-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Di dalamnya, telefon pintar ini menggunakan cipset Snapdragon 695, bateri 5,000mAh dengan pengecasan 33W dan storan dalaman 256GB.

Berbeza dengan model pasaran China yang hadir dengan RAM 12GB, di Malaysia ia hanya hadir dengan RAM 8GB sahaja bersama-sama sokongan RAM maya Dynamic RAM Expansion 8GB.

Realme-10-Pro+ 5G Price
realme 10 Pro+

Dwi-kamera disediakan pada bahagian belakangnya yang mengandungi satu kamera utama 108MP dan sau kamera berkedalaman 2MP dengan satu lagi kamera pada sebelah hadapannya 16MP untuk kegunaan swafoto dan panggilan video.

Harga realme 10 Pro+ dan realme 10 Pro di Malaysia

realme 10 Pro+ berharga RM1,599 dan RM1,799 untuk pilihan varian masing-masing RAM 8GB + storan 128GB dan RAM 12GB + storan 256GB. Varian Pro+ ini juga menyediakan ciri sokongan Dynamic RAM Expansion seperti model Pro.

Harga bagi realme 10 Pro pula yang hanya menawarkan pilihan RAM 8GB dan storan 256GB dijual pada RM1,299. Kedua-dua model ini boleh dipra-tempah bermula dari hari ini sehingga 16 Disember 2022.

  • realme 10 Pro+ (RAM 8GB + storan 128GB) – RM1,599
  • realme 10 Pro+ (RAM 12GB + storan 256GB) – RM1,799
  • realme 10 Pro (RAM 8GB + storan 256GB) – RM1,299

Tinggalkan komentar