
Kehidupan aku dengan makanan dalam tin seperti sardin sudah tidak dapat dipisahkan lagi. Dari zaman aku kanak-kanak hinggalah ‘ketua’, makan nasik berlaukkan sardin atau ikan masin adalah lumrah dalam kehidupan golongan marhaen macam aku.
Lagipun, gaji ayah aku sewaktu askar bukanlah banyak mana pun. Tapi cukup untuk memberi kami sekeluarga makan tanpa perlu meminta-minta pada orang lain.
Paling menarik membesar dalam keluarga askar ini adalah sewaktu ayah aku pulang dari operasi. Selesai menjalankan tugas operasi atau latihan dalam hutan, dalam kebanyakan waktu, ayah akan membawa pulang lebihan rangsum tempur ke rumah. Waktu tu, ada lah meriah sikit lauk pauk yang dapat kami makan bersama nasik. Biasanya, kalau ada lebih dari dua-tiga lauk pun dah dikira lumayan.
Makanan rangsum tempur ni, lebih kurang makanan dalam tin je. Cuma bungkusannya je yang berbeza. Ia dibungkus di dalam pek plastik tahan bocor. Rasanya sama je. Misalnya kari ayam, rasanya sama je macam kari ayam Yeo’s dalam tin tu. Saling tak tumpah. Mungkin, datang dari kilang yang sama kot.
Untuk sesetengah orang, makanan seperti rangsum tempur ni mungkin bukanlah sesuatu yang menarik untuk diceritakan memandangkan rasanya yang sama dengan makanan dalam tin yang lain. Tapi, untuk golongan marhaen seperti keluarga kami, rezeki tersebut sudah cukup bermakna.
-Imej dari MyFir2u












sebenarnya 1st time dengr Makanan rangsum tempur ni.
perkara baru bagi sis ni … wpun setakat mknn dlm tin , alhamdulillah , itulah rezeki kita .
rangsumn tempur..perkara baru buat saya..memang bagus untuk mengimbas kembali kenangan seperti ini..
Masa saya sekolah dulu suami kakak angkat saya seorang askar memang
selalu bawa balik rangsum askar ni. Saya makan dengan penuh semangat
pada saya bestnya makanan tu. Jadi setiap kali suami dia balik biasanya kakak angkat
saya memang akan simpankan rangsum tu utk saya bawa balik ke rumah. Katanya
dia sekeluarga dah muak tapi saya sampai la ni memang tak muak. Cuma tak jumpa lagi je.
Makanan mcm tu sedap dan cepat dimasak.
Dulu pakcik aku pun pernah bawa balik kampung masa zaman sekolah dulu2. Ada biskut tapi biskutnya agak lebih keras dari yg biasa2 tu kan.. Time kawin dia bawak balik bom asap yg warna2 tu hehee…. meriah.. 😀
tapi rasa sekarang ikan masin dan sardin dalam tin pun mahal juga hahaha
seumur hidup baru sekali merasa makanan rangsum tempur..tu pun 20 tahun lalu..rasanya memang sedap…sedap la bagi keluarga saya yang susah nak jumpa makanan sedap nih..:)
1st time dengar. sekarang sardin dalam tin pun mahal.
rangsum tempur = war rations
pengalaman yang mahal tu bro…
ooo… itu rupanya makna sebenar rangsum tu e? baca entri ni la baru tau ejaan sebenarnya hehehe
saya suka makan benda ni bro, sedap, lain dari yang lain rasa dia
Betul beb… anak askar je yg merasa benda2 ni… tiap2 kali ayah aku g excercise ke operasi ke, benda ni aku harap ada dibawak balik… hehehe.. yang paling unik adalah biskut dia, keras… baru ni dapat dari abang ipar, biskutnya dah lain sikit dah…
ooo
tu maksudnya rangsum tempur