Hal ekonomi diri dan rumah tangga aku buat masa ini amat merunsingkan kepala otak aku. Walau sekuat mana aku berusaha, keadaan tidak banyak berubah.
Baru je aku nak adjust supaya belanja bulanan aku akan ada surplus untuk dibuat simpanan. Tup tup, keluar berita tentang penghapusan subsidi petrol dan diesel menjelang 1 Disember nanti.
Boleh tahan kejam juga realiti hidup rakyat biasa di Malaysia ni. Kita ingat, kita sudah lakukan sebaik mungkin dalam menghadapi situasi ekonomi semasa yang tak menentu ni, rupanya banyak lagi perkara yang berada di luar kawalan kita.
Soal penghapusan subsidi itu tadi, banyak pihak mempersoal kewajarannya. Termasuklah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berpendapat penghapusan subsidi ini perlu dilakukan secara berperingkat.
Aku amat bersetuju dengan pandangan tersebut memandangkan sumber bahan api fosil ini bukanlah sumber yang boleh diperbaharui. Ianya akan habis jua satu ketika nanti dan kemungkinan harganya melonjak naik diluar kawalan juga adalah tidak mustahil. Namun, penghapusan subsidi secara tergesa-gesa ini dibimbangi bakal membuatkan hidup rakyat biasa tunggang terbalik akibat kenaikan kos sara hidup harian.
Tentu sahaja saranan supaya rakyat menjadi lebih kreatif bekerja dalam mencari sumber pendapatan sampingan di zaman meleset ini oleh individu-individu tertentu bakal menjadi halwa telinga kepada rakyat supaya lebih tabah.
Mungkin mereka yang berhujah ini mengulang kembali apa yang pemimpin-pemimpin Amerika Syarikat ucapkan di saat negara itu bangkit kembali setelah terhumban ke kancah krisis ekonomi. Zaman yang juga dikenali sebagai Great Depression bermula pada tahun 1930 hingga akhir dekad 1930’an, menjelang Perang Dunia Kedua.
Apa yang sesetengah pihak tidak mengerti tentang bangkit kembali dari kemelesetan ekonomi adalah perlunya langkah drastik yang bersifat progresif oleh pihak kerajaan dalam memacu semula ekonomi negara. Ia perlu dimulakan dengan menjana semula ekonomi domestik dengan menurunkan kos sara hidup supaya rakyat dapat meningkatkan taraf dan mutu hidup.
Ini tidak, asyik-asyik sibuk nak tarik pelabur asing. Nilai hartanah naik melambung naik pun tak peduli asalkan pemodal-pemodal asing berasa selesa melabur di Malaysia.
Mungkin, di Malaysia sekarang ni kita sedang menggunakan ‘Dasar Kera di Hutan Disusukan Anak Sendiri Mati Kelaparan’ agaknya.
Penghapusan subsidi ron 95 ini sebenarnya menguntungkan kerajaan sbb kebanyakan rakyat guna ron95..Isu kualiti tak masuk akal sbb ron 95 dah cukup bagus dgn tahap ekonomi yg merapu skrng ni. Ron 97 utk org yg senang & tak wajar ada subsidi.. Mana mesra rakyat mcm ni… wallahualam..
nak berjimat memang boleh, tapi memang mencabar
memang mencabar.. tahun depan lagi.. aduhh parok mcm gini
kena hati2 lah siapa yang kita undi jadi kerajaan tu lain kali. hmm
Sedangkan menteri pon kata kena ikut perut.. kita yang rakyat biasa ni macam mana kan?
nak berjimat dah tak mampu dah dengan keadaan yg sekadar cukup cukup makan ni. tgh duk guna harga minyak skrg pun da terasa perit ni kan nak dipotong subsidi.. jgn kata kan nak beli rumah esok2 nak bayar duit sewa rumah pun dah tak mampu. makin menjadi2 pulak entah kenapa kejam semacam je…hmmm