Salah satu telco utama di Singapura, SingTel telah mengumumkan rangkaian LTE-Advanced 450Mbps kini telah mula beroperasi. Berita ini tentunya membangkit rasa cemburu pada segelintir rakyat Malaysia yang mendambakan akses internet berkelajuan tinggi.
Naik taraf ini tidak melibatkan penambahan kos pada pelanggan-pelanggan Singtel 4G sedia ada dan turut dimaklumkan pengguna-pengguna Samsung Galaxy S7 dan Samsung Galaxy S7 Egde akan menikmati peningkatan kelajuan internet dengan serta merta. Bagaimanapun, pengguna telefon pintar LG V20 perlu menunggu sedikit masa lagi selepas kemaskini perisian khusus untuk peranti berkenaan.
Singtel turut menyatakan lebih banyak lagi peranti akan disokong dalam masa yang terdekat ini. Selain itu, telco utama di Singapura ini juga sedang dalam proses mengimplementasikan rangkaian mudah alih 1Gbps di kawasan-kawasan tinggi trafik yang terpilih pada tahun depan.
Sumber berita diperoleh dari Singtel













