Mak suka dengar radio sambil membuat kerja-kerja rumah. Saluran radio kegemarannya ialah Radio Malaysia Negeri Perak. Sekarang dah jadi Perak FM.
Program-program di radio negeri ni, pada aku takdalah best mana pun. Tapi mak aku suka sebab pemanggil-pemanggil stesen radio berkenaan yang terdiri dari makcik-makcik, gemar berkongsi petua dan resipi di dalam segmen waktu pagi.
Radio yang mak pakai ni pula, unik sikit. Radio elektronik lama tahun 70’an berjenama Sanyo. Selain dari fungsi radio, ia juga mempunyai jam yang paparan angkanya menggunakan flipper. Memang retro habis.Ciri tambahan lain, ia juga mempunyai fungsi alarm.
Stesen Radio Negeri Perak pada era 90’an ni juga gemar memutarkan lagu-lagu jiwang karat saing-saing lagu Eddie Hamid pada waktu tengah hari. Sambil-sambil aku menyental kasut sekolah pada waktu tengah hari, kadang-kadang mulut aku terkumat-kamit termenyanyi lagu-lagu jiwang karat ni. Padahal lagu-lagu jiwang stok rempit pegi karok ni mana pernah kena dengan jiwa aku. Boleh tahan jugak pengaruh radio ni kan.















camne agaknya rupa dia kapor kasut sambil nyenyayi.. haha.. radio ada kala besh dengo.. ada kala bingit.. bukan jer bingit ngan lagunya.. bingit juruhebahnya .. tp bingit ngan pemanggil telefon.. sbb tu shin layan Radio Klasik.FM .. xde la juruhebah nak gelak mcm pontianak.. x de pemanggil yak over.. lagi pon sedappp je pada halwa telinga.. cuma bila part segmen 50an mmg agak ngantok skit huhu
Segmen 50’an Klasik FM tu best layan time memalam masa nak masuk tidur. Kalau radio negeri Johor pulak, memalam ada pasang lagu-lagu keroncong.
kdg2 best jugak dngar celoteh pemanggil2 radio tu semua..pastu ditambah lg dgn lagu jiwang..mmg layan la..hehe
Dah lupa pasal channel nie. Yang aku ingat kecik2 rajin rakam lagu guna radio dari channel nie.
hahaha pengaruh radio yer makcik..
ok apa lagu2 retro kena lah ngan jiwa mak tu.. :p
mengenang nostalgia ke sylarius. rasanya pahang fm pun sama jugak konsepnya. pasang lagu2 jiwang then pemanggilnya org2 negeri pahang yg cakap loghat pahang. memang seronok dgr mereka berceloteh.
saya bukan asal orang perok. tapi akan dengar masa nak time buka puasa sahaja.terkadang buka juga dengar ceramah agama banyak juga pengisian yang bagus.si dia orang perak.sesekali geram juga bila dia ckp sleng perok pokek/pekat bebenar uhu…
adoyy.. mmg x gemar lagu jiwang karat tangkap leleh ni…
memang ralit mndngar radio fm negeri ni…banyak info2 agama n lain2 diselangseli lagu lama n baru…sambil menyelesaikan kerja2 rumah…
hehe saya suka Radio Malaysia Negeri Terengganu sekarang Terengganu FM la kot 😉
Setuju…muzik adalah satu elemen yg pnting kepada manusia..
sis sekarang lak suka layan jiwang start kul10 mlm kat thr gegar . ada kalanya kita memang perlu menenangkan jiwa dgn lagu2 yg melayan jiwa
Biasalah tu..radio orang lame..tapi saya suke jugak..macam radio 3 kuantan, tatau la sekarang name dia ape..selalu suke dengar dj cakap loghat negeri pahang..best haha..
Risiko Anemia Semasa Mengandung
haha..radio Perak dgn loghat Peraknya..tak lawan abah kak ana..layan klasik nasional lagi..cucu2 ketawa dengar lirik2 lagu yang kelakar…biarlah SY asalkan mak senang hati kan..hehe
Betul tu.. klu dengar lagu keroncong pun lama kelamaan pun boleh jadi layan juga… dari tak biasa jadi syok. Inikan pula lagu rok kapak jiwang berkarat huhu… layan lebih2 lagi klu mlm2.. 😀
Tu lah..kalau selalu dengar, yang tak best pun jadi best..haha