Radeon Technology Group yang baru ditubuhkan untuk menguruskan cabang grafik AMD mengumumkan pemansuhan Catalyst Control Center dan akan menggantikannya dengan Radeon Software. Perisian berkenaan turut digelar dengan jolokan sistem operasi grafik mini.

Versi pertama bagi kawalan grafik terbaru ini akan dikenali sebagai Radeon Software: Crimson Edition. Nama-nama untuk edisi berikutnya akan kekal dengan awalan Radeon Software.

Turut dimuatkan di dalam perisian ini adalah antara muka yang diubah suai dan dikenali sebagai Radeon/FirePro settings yang bertujuan memudahkan kawalan GPU.

Pada asasnya, Radeon Software terbaru ini bakal memberikan lebih tahap optimasi melalui antaramuka yang lebih ringkas serta masa untuk dihidupkannya juga direndahkan kepada 0.6 saat.

Antara yang mencuri tumpuan adalah kemudahan penggunaan tetapan untuk ciri monitor pelbagai, eyefiniti. Radeon Software bakal memudahkan pengguna menguruskan pelbagai paparan secara serentak melalui tetapan yang disediakannya.

Melalui tetapan Game Manager, pengguna dibenarkan untuk melakukan overclock secara berasingan mengikut jenis-jenis permainan. Ini bermakna, prestasi GPU dan kualiti grafik boleh dinaikkan mengikut jenis permainan-permainan tertentu.

Radeon Software masih lagi mengekalkan tetapan bagi paparan berserta customised video profile sepertimana yang pernah ada pada Catalyst Control Center. Cuma, antara mukanya sahaja yang mengalami sedikit perubahan.

AMD merancang untuk melancarkan Radeon Softaware; Crimson Edition  kepada pengguna menjelang penghujung tahun ini. Namun, sehingga kini masih tidak ketahui berapa lama tempoh peralihan perisian ini akan mengambil masa.

Sumber berita diperoleh dari Anand Tech

Tinggalkan komentar