Utama Perkakasan Qualcomm Qualcomm Snapdragon 8 Elite yang akan datang mungkin akan dinamakan sebagai 8...

Qualcomm Snapdragon 8 Elite yang akan datang mungkin akan dinamakan sebagai 8 Elite Gen 5

91
0

Beberapa nama untuk pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Elite berikutnya telah pun diperkatakan dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini. Antaranya 8 Elite 2 dan 8 Elite 3 seperti yang didakwa oleh pentiris maklumat bersiri Digital Chat Station sebelum ini.

Menerusi perkongsian terkininya di Weibo, pentiris maklumat tersebut mendakwa SM8850 mempunyai nama yang akan digunakan baharu, Snapdragon 8 Elite Gen 5. Sebagai perbandingan Qualcomm Snapdragon 8 Elite pada asalnya adalah SM8750.

Ini mungkin merujuk kepada Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 yang digunakan untuk pemprosesan SM8650. Mengambil kira nombor model, Elite yang akan datang lebih sesuai dinamakan sebagai Gen 4. Cuma agak janggal apabila nombor generasi cuma diteruskan pada Gen 5 dengan menambahkan nama Elite.

Apa pun, kita boleh menunggu pengumuman rasmi dari pihak Qualcomm yang dijangka akan dibuat pada bulan hadapan di dalam acara Qualcomm Summit.

Tinggalkan komentar