Kuala Lumpur, 26 Oktober 2022 – Setahun selepas dilancarkan di Malaysia, Qashier, syarikat permulaan fintech yang berpangkalan di Singapura telah membuka Pusat Penyelesaian POS dan Pembayaran tempatan yang pertama di Northpoint Mid Valley, Kuala Lumpur.

Pejabat Qashier Malaysia juga merupakan pusat sokongan dan pengalaman yang pertama syarikat di rantau Asia Tenggara, berikutan ibu pejabatnya di Singapura. Ia akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada peniaga PKS tempatan dengan sokongan teknikal di tapak yang tepat pada masanya, serta demonstrasi produk.

“Malaysia sedang berubah ke arah ekonomi digital berpendapatan tinggi dengan fokus utama pada pendigitalan. Semata-mata menyediakan penyelesaian teknologi terkemuka tanpa sokongan teknikal tempatan untuk PKS tidak akan menjamin mereka dengan pertumbuhan perniagaan yang mampan dalam era baharu yang kompetitif ini. Pusat penyelesaian setempat akan membantu PKS tempatan dengan akses yang lebih pantas, mudah dan boleh dipercayai kepada penyelesaian POS dan pembayaran kami, sementara membantu kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada PKS untuk memastikan operasi perniagaan mereka dapat berjalan lancar untuk setiap hari,” kata Christopher Choo, Pengasas Bersama Qashier.Qashier-Terminal-SME

Pusat penyelesaian ini direka bentuk dengan bahagian demonstrasi produk untuk PKS mengalami penyelesaian Qashier secara fizikal, serta berunding dengan wakil Qashier sebelum membeli.

Initiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan syarikat Qashier dalam memperkasakan PKS tempatan Malaysia selepas pelancaran QashierXS, terminal POS yang pertama di Malaysia yang berfungsi sepenuhnya dengan kedua-dua penyelesaian POS dan pembayaran berintegrasi dalam satu terminal.

Qashier ialah perintis penyelesaian POS dan pembayaran yang bermatlamat untuk meningkatkan keupayaan digital PKS, sambil memastikan ia mampu milik walaupun untuk perniagaan kecil dan mikro.Qashier_Payment_Selection_LR

Dalam perancangan, Qashier akan melancarkan terminal POS generasi baharu menjelang akhir tahun ini, termasuk kiosk layan diri yang membolehkan pelanggan membuat pesanan dan membayar tanpa bantuan juruwang; serta aplikasi mudah alih yang membolehkan perniagaan kecil menggunakan ciri POS Qashier terus pada peranti pintar mereka tanpa perlu melabur pada perkakasan.

Qashier juga bekerjasama dengan penyedia penyelesaian pembayaran seperti DuitNow untuk menyokong peniaga PKS dalam mengalu-alukan masa depan tanpa tunai untuk rakyat Malaysia.

Pusat penyelesaian baharu Qashier melengkapkan inovasi-inovasi ini, ia memainkan peranan penting kepada pelancaran produk yang akan datang. “Ia merapatkan jurang antara kami dan peniaga PKS tempatan apabila kami terus memajukan teknologi dan penyelesaian kami,” tambah Christopher.

Qashier diasaskan bersama pada 2019 oleh Christopher Choo dan Franklin Zhao, dan Malaysia merupakan pasaran kedua Qashier selepas penumbuhannya di Singapura, susulan kutipan dana US$4.7 juta pada November 2021 oleh Exor Seeds, cabang usaha niaga tertumpu teknologi Exor. Ia kemudiannya berkembang ke Thailand dan Filipina dalam tempoh yang sama.

Penyelesaian POS dan pembayaran Qashier meliputi seluruh Semenanjung Malaysia dan telah menyokong lebih daripada 1,200 PKS tempatan sejak Oktober 2021. Pelancaran pusat penyelesaian dan pengalaman tempatan di Kuala Lumpur akan memperluaskan capaian Qashier ke seluruh negara, sambil membenarkan sokongan yang lebih baik kepada lebih banyak PKS di Malaysia.

Tinggalkan komentar