Telefon pintar boleh lipat kini sudah memasuki ke generasi ketiga dan sudah mula memperlihatkan sambutan yang amat menggalakkan di kalangan pengguna.
Maklumat terkini melaporkan Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3 bukan sahaja telefon pintar boleh lipat paling popular setakat ini. Malah, kedua-duanya merupakan telefon pintar Samsung paling laris dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.
Akhbar The Korea Herald melaporkan Samsung telah menerima sejumlah 450,000 unit pra-tempahan bagi Galaxy Z Fold3 dan Z Flip3 setakat 22 Ogos lalu. Angka ini melebihi dua kali ganda pra-tempahan bagi siri Galaxy S21 pada awal tahun ini. Ia juga bersamaan 1.5 kali ganda lebih tinggi dari Galaxy Note 20 pada tahun lepas.
Laporan berkenaan juga menyebut kedua-dua model ini amat popular di kalangan anak-anak muda.
Menerusi kenyataan rasminya, Samsung memaklumkan jumlah pra-tempahan bagi kedua-dua telefon ini mengatasi jualan Galaxy Z pada 2021.
We are thankful for the great customer response to our new Galaxy Z Fold3 and Galaxy Z Flip3. Interest in foldable smartphones is at an all-time high, with pre-order volume for Z Fold3 and Z Flip3 already outpacing total sales for Galaxy Z devices to date in 2021. We’re committed to providing the most innovative experiences to our consumers.













