Orang ramai kini boleh membuat pra-tempahan siri iPhone 14 terkini pada 16 September dan anda boleh menerimanya dalam tempoh dua minggu selepas tempahan dibuat. Model ini menjadi model iPhone yang paling pantas menemui pengguna di Malaysia setakat ini.

Harga iPhone 14 di Malaysia

iPhone-14-warnaiPhone 14 dan iPhone 14 Plus hadir dalam 5 pilihan warna iaitu Blue, Purple, Midnight, Starlight dan Red dengan harganya di Malaysia adalah seperti berikut:

6.1-inci iPhone 14

  • iPhone 14 128GB – RM4,199
  • iPhone 14 256GB – RM4,699
  • iPhone 14 512GB – RM5,699

6.7-inci iPhone 14 Plus

  • iPhone 14 Plus 128GB – RM4,699
  • iPhone 14 Plus 256GB – RM5,199
  • iPhone 14 Plus 512GB – RM6,199

Harga iPhone 14 Pro di Malaysia

Jika anda inginkan iPhone yang lebih berkuasa dengan cip baharu A16 Bionic dan skrin baharu dengan ciri Dynamic Island, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max didatangkan dengan pilihan warna Deep Purple, Gold, Silver dan Space Black. Berikut adalah harga jualan rasminya di Malaysia:

6.1″ iPhone 14 Pro

  • iPhone 14 Pro 128GB – RM5,299
  • iPhone 14 Pro 256GB – RM5,799
  • iPhone 14 Pro 512GB – RM6,799
  • iPhone 14 Pro 1TB – RM7,799

6.7″ iPhone 14 Pro Max

  • iPhone 14 Pro Max 128GB – RM5,799
  • iPhone 14 Pro Max 256GB – RM6,299
  • iPhone 14 Pro Max 512GB – RM7,299
  • iPhone 14 Pro Max 1TB – RM8,299

Di mana anda boleh membuat pra-tempahan iPhone 14 di Malaysia

iphone-14-pro-promax-backSelain melalui kedai dalam talian rasmi Apple Malaysia, siri iPhone 14 juga boleh dipra-tempah secara dalam talian melalui Lazada dan Shopee bermula sejak dari jam 12.01 tengah malam 16 September 2022. Anda juga boleh membuat pembelian dari wakil pengedar Apple yang sah seperti MachinesITWorldSwitchTMT and SenQ.

Bagi anda yang ingin mendapatkan iPhone 14 secara kontrak dengan syarikat telekomunikasi, anda boleh melakukannya menerusi CelcomDigiMaxis dan U Mobile.

Untuk makluman anda, iPhone 14, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max akan berada di Malaysia pada 23 September 2022. Manakala iPhone 14 Plus pula akan hadir pada 7 Oktober 2022.

Tinggalkan komentar