Permainan realiti imbuhan paling popular, Pokemon Go kini akhirnya boleh dimainkan oleh penduduk di Malaysia. Aplikasi mudah alih ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store.
Fenomena yang dicetuskan oleh aplikasi permainan sejak kemunculannya untuk pengguna di Amerika Syarikat ini telah membuatkan ramai pengguna telefon pintar terjebak dan tidak kurang juga menjadi ketagih bermain dengannya.
Justeru, tidak menghairankan jikalau nanti kita terlihat ada orang yang merangkak bawah meja makan kedai mamak semata-mata nak tangkap Pidgey. Kehadiran Pokemon Go ke Malaysia sudah dijangkakan memandangkan pembangunnya, Niantic sudahpun membuka pelayan khusus untuk benua Asia.
Awal bulan ini, aplikasi permainan mudah alih ini telah menjalani pengujian beta secara langsung, membolehkan pengguna yang memasang aplikasi ini menemukan Pokestop dan menangkap Pokemon-pokemon.
Apapun, pesanan buat pengguna. Kalau anda nak main, mainlah sekadar memenuhi waktu lapang. Janganlah pula hangpa pulun main macam orang hilang akai.
-Sumber berita diperoleh dari NST














banyak keburukannya dari baik ni
Apa-apa pun, kalau dibuat secara berlebihan memang akan mendatangkan keburukan.