Xiaomi Malaysia secara rasminya telah melancarkan Poco X3 Pro, model ini merupakan versi naik taraf Poco X3 NFC yang dilancarkan pada tahun lepas. Poco X3 Pro hadir dalam dua variasi yang menawarkan pilihan RAM dan storan yang berbeza.

Harga bagi Poco X3 Pro mengikut konfigurasi RAM dan storan

  • RAM 6GB + storan 128GB : RM999
  • RAM 8GB + storan 256GB : RM1,299

Jika dibandingkan dengan Poco X3 NFC, harga yang ditawarkan untuk model Pro ini adalah sedikit tinggi sekitar RM100-RM200 kerana menawarkan spesifikasi cipset yang lebih tinggi. Harga yang ditawarkan ini juga tidak jauh beza dengan siri Redmi Note 10 Pro yang dijual sekitar RM999 – RM1,099.

Sempena hari pertama pelancarannya, Poco X3 Pro turut menawarkan potongan harga sehingga RM200 apabila anda membelinya pada 24 Mac 2021 melalui Shopee.Poco X3 Pro Flash Sale

Hanya untuk sehari sahaja, model RAM 6GB dan storan 128GB boleh didapati pada harga RM899. Manakala untuk model RAM 8GB dan storan 256GB pula, ianya boleh didapati pada harga RM1,099. Telefon pintar ini hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Phantom Black, Frost Blue dan Metal Bronze.

Spesifikasi perkakasan Poco X3 Pro

Rupa luarannya kelihatan mirip dengan Poco X3 NFC, namun model Pro menampilkan rekaan kemasan semi-matte pada panel belakangnya. Di hadapannya pula disediakan paparan LCD HD+ Penuh 6.67-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz dengan kadar pensampelan sentuhan 240Hz. Paparan tersebut turut dilindungi oleh Gorilla Glass 6.

Sungguhpun kelihatan seperti telefon peringkat pertengahan biasa lain, Poco X3 Pro sebenarnya dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 860 baharu. Cipset terbaru ini menggunakan empat teras Kryo 485 dan ianya seakan-akan versi kemaskini Snapdragon 855+. X3 Pro juga menawarkan konfigurasi sehingga RAM LPDDR4X 8GB dan storan UFS 3.1 256GB.POCO-X3-Pro

Untuk kameranya pula, telefon ini masih lagi mengekalkan rekaan bonggol kuad-kameranya yang unik seperti yang terdapat pada X3 NFC. Bagaimanapun, kamera utamanya kini menampilkan 48MP f/1.79 bersama-sama penderia 1/2.0″, kamera ultra lebar 8MP f/2.2, kamera makro 2MP f/2.4 dan kamera kedalaman 2MP f/2.4. Kamera swafoto bahagian hadapannya pula menempatkan sebuah kamera 20MP.

Poco X3 Pro juga masih menawarkan pembesar suara stereo dengan persijilan audio Hi-Res, bicu audio 3.5mm, NFC, pemancar infra merah dan Bluetooth 5.0. Telefon ini juga menyediakan pengimbas cap jari pada bahagian sisinya. Malah, ciri keselamatan pengimbas cap jarinya turut dimanfaatkan bagi tujuan menyahkunci melalui pengecaman wajah.

Melalui bateri 5,160mAh, telefon pintar ini boleh dicaskan melalui USB-C bersama-sama pengecas pantas 33W yang disertakan bersama-sama pembeliannya. Poco X3 Pro menggunakan MIUI 12 yang berasaskan Android 11.

Tinggalkan komentar