POCO baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar baharunya, M4 Pro 5G di Malaysia, malam semalam. Telefon pintar peringkat menengah ini hadir dengan cipset MediaTek, tetapan dwi kamera dan bateri berkapasiti besar.

Menampilkan paparan DotDisplay FHD+ 6.6-inci dengan resolusi 2400 x 1080 piksel 90Hz, POCO M4 Pro 5G turut dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 3. Turut disediakan, dwi-pembesar suara, bicu audio 3.5mm, pemancar isyarat infra-merah, port USB-C dan pengimbas cap jari pada butang suis.

Untuk cipset, telefon ini menggunakan MediaTek Dimensity 810 yang bergandingan dengan GPU ARM Mali-G57 MC2. Ia turut didatangkan bersama-sama RAM sehingga 6GB dan storan 128GB, dengan sokongan kad mikroSD sehingga 1TB.POCO-M4-Pro-5G-Spesifikasi

Selain itu, telefon ini juga menyediakan sokongan Bluetooth 5.1, NFC, serta ketersesuaian Wi-Fi 2.4GHz dan 5GHz. Untuk antaramukanya, telefon POCO baharu ini menggunakan MIUI 12.5 yang berasaskan Android 11.

Permukaan belakang telefon ini mirip dengan Xiaomi Mi 11 Ultra pada bahagian bonggolan untuk kameranya. Cuma bezanya, ia tidak menyediakan paparan kedua di sebelah kamera tersebut.

Sekali imbas, telefon ini seperti menyediakan empat kamera pada belakangnya. Tetapi, hanya dua buah kamera disediakan iaitu 50MP f1.8 untuk kamera utama dan kamera ultra-lebar 8MP. Manakala di sebelah depannya pula menyediakan sebuah kamera 16MP.POCO-M4-Pro-5G-kamera

Melalui bateri berkapasiti 5,000mAh, telefon ini dikatakan mampu dicaskan dalam tempoh kurang dari 1 jam melalui pengecas 33W yang disertakan bersama.

Telefon pintar ini ditawarkan pada harga saranan RM849 bagi konfigurasi RAM 4GB dan storan 64GB. Manakala bagi konfigurasi RAM 8GB dan storan 128GB pula, harganya di pasaran adalah RM999.

Bagi meraikan kedatangan telefon ini ke Malaysia pada 11 November ini, POCO menawarkan harga promosi di Shopee:

  • POCO M4 Pro 5G (RAM 4GB + storan 64GB) – RM749
  • POCO M4 Pro 5G (RAM 8GB + storan 128GB) – RM899

Tinggalkan komentar