POCO secara rasminya telah melancarkan POCO F4 GT di Malaysia, telefon pintar mercu khusus untuk permainan mudah alih terkini. Telefon pintar ini dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 1 bersama-sama sistem penyejukan dalaman, butang pemicu bermagnetik dan banyak lagi.
Telefon ini sebenarnya merupakan model eksklusif bagi pasaran China, Redmi K50 Gaming yang dijenamakan semula.
POCO F4 GT menampilkan paparan AMOLED 6.67-inci dengan nisbah aspek 20:9. Paparan ini juga menyediakan resolusi FHD+ 2400 x1080, sokongan HDR10+, kadar penyegaran semula 120Hz, kadar pensampelan semula 480Hz dan ia juga dilindungi oleh kaca Corning Gorilla Glass Victus.
Telefon ini juga menyediakan pengimbas cap jari pada sebelah sisinya, serta penyejukan dalaman LiquidCool Technology 3.0, pembesar suara kuad dengan Dolby Atmos, dan butang pemicu pop naik pada sebelah sisi kanannya.
Selain dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 1 yang berkeupayaan 5G, telefon ini digandingkan dengan memori 12GB LPDDR5, dan storan UFS 3.1 sehingga 256GB. Melalui bateri berkapasiti 4,700mAh dwi-cell, POCO F4 GT juga menyokong pengecasan pantas sehingga 120W.
Menurut POCO, telefon ini mampu dicaskan sehingga 100% dalam tempoh 17 minit. Ia juga didatangkan dengan sokongan Bluetooth 5.2, NFC dan WiFi 6E dengan menggunakan antaramuka MIUI 13 yang berasaskan Android 12.
Pengimejan POCO F4 GT tampil dengan tri-kamera yang mengandungi kamera utama Sony IMX686 64MP, ultra-lebar 8MP dan makro 2MP. Pada sebelah hadapannya pula disediakan kamera Sony IMX596 20MP.
POCO F4 GT hadir ke pasaran Malaysia bermula dari hari ini pada 28 April 2022 dan ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Stealth Black, Knight SIlver, dan Cyber Yellow.
Harga POCO F4 GT Malaysia
POCO F4 GT di Malaysia ditawarkan pada RM2,299 untuk konfigurasi 8GB + 128GB dan RM2,499 bagi konfigurasi 12GB + 256GB.
Bagi anda yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi kedia dalam talian rasminya di Shopee dan Lazada. Untuk waktu terhad ini, POCO turut menawarkan diskaun pembeli terawal bermula 28 April ini dengan harga RM 1,999 untuk 8GB + 128GB dan RM 2,199 untuk 12GB + 256GB, selagi stok masih ada.













