Ketika Pocophone F1 mula diperkenalkan pada 2018 dahulu, ianya telah mencuri tumpuan kerana menawarkan cipset mercu pada harga kurang dari RM1,500. Kini Poco meneruskan lagi tradisinya melalui Poco F3 5G dengan cipset Qualcomm Snapdragon 870 yang turut menyokong 5G.

Harga Poco F3 Malaysia

Berikut adalah harga bagi Poco F3 di Malaysia berdasarkan konfigurasi RAM dan storannya:

  • RAM 6GB + storan 128GB – RM1,399
  • RAM 8GB + storan 256GB – RM1,699

Peranti ini turut didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Arctic White, Night Black dan Deep Ocean Blue.

Pada acara jualan kilat 27 Mac 2021 ini yang bersempena ulang tahun kesembilan Lazada, Poco F3 5G RAM 6GB RAM + storan 128GB boleh anda miliki pada harga RM1,299. Manakala konfigurasi RAM 8GB + storan 256GB boleh dimiliki pada harga RM1,499. Jualan ini turut diadakan di kedai dalam talian global Poco.

Spesifikasi Poco F3

Secara amnya, Poco F3 5G adalah penjenamaan semula Redmi K40 yang dijual di China. Ia menawarkan paparan AMOLED HD Penuh 6.67-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 360Hz.

Telefon yang menggunakan cipset Snapdragon 870 ini turut didatangkan bersama-sama LiquidCool Technology 1.0 Plus. Ianya turut menawarkan RAM LPDDR5 sehingga 8GB dan storan UFS 3.1 sehingga 256GB. Bagaimanapun, storan telefon ini tidak boleh diperbesarkan dengan slot kad mikroSD.

Untuk fotografinya, telefon ini menyediakan sebuah kamera utama 48MP yang digandingkan dengan kamera ultra-lebar 8MP, dan sebuah kamera telemakro 5MP. Pada hadapannya pula disediakan sebuah kamera swafoto 20MP.

Seperti kebanyakan telefon pintar baharu, ia turut menyediakan dwi pembesar suara bagi memainkan audio stereo. Turut disediakan Bluetooth 5.1, Wi-Fi 6 dan pemancar infra merah. Telefon ini juga menyokong rangkaian 5G melalui modem Snapdragon X55 5. Pun begitu, telefon ini tidak menyediakan bicu audio 3.5mm.Poco F3 Night Black

Poco F3 menggunakan bateri berkapasiti 4,520mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W melalui USB-C. Pengecas 33W yang disediakan bersama-sama pembeliannya ini dikatakan mampu mengecas sepenuhnya dalam tempoh 52 minit. Untuk sistem operasinya, telefon ini menggunakan antara muka MIUI 12 yang berasaskan Android 11.

Tinggalkan komentar