POCO baru sahaja melancarkan telefon pintar mampu milik baharu keluarannya, POCO C51. Telefon pintar peringkat pemula menawarkan spesifikasi yang berbaloi dengan harga penawarannya.

Sebagaimana yang disenaraikan di dalam laman web Flipkart, POCO C51 dikuaskaan oleh pemprosesan MediaTek Helio G36, bersama-sama RAM 4GB dan storan 64GB. Turut disediakan sokongan penambahan RAM secara maya sebanyak 3GB.

Telefon pintar ini juga dilengkapkan dengan bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 10W melalui port USB-C dibawahnya. Penggunaan baterinya juga mampu bertahan untuk tempoh yang lama atas faktor jenis skrinnya iaitu LCD HD+ 6.52-inci dengan kadar penyegaran semula 60Hz.POCO C51 Specs

Untuk kameranya pula, telefon pintar ini mempunyai kamera hadapan 5MP. Manakala kamera belakangnya pula mempunyai dwi-kamera yang terdiri satu kamera 8MP dan satu kamera VGA dengan sensor kedalaman.

Lain-lain ciri yang disediakan oleh telefon pintar ini termasuklah Android 13 Go, dulang hibrid dwi-SIM dan mikroSD, Bluetooth 5.0, dan bicu audio 3.5mm. Buat masa ini ia ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Power Black dan Royal Blue.

Di India, POCO C51 dijual pada harga Rs8,499 bersamaan lebih kurang RM457. Setakat ini tidak diketahui sama ada telefon pintar ini akan dilancarkan ke pasaran lain selain dari India.

Tinggalkan komentar