Selain melancarkan POCO M4 5G, sebuah lagi telefon pintar bajet peringkat pemula turut dilancarkan ke pasaran Malaysia, POCO C40. Telefon pintar ini diumumkan ke pasaran global sejak Jun lalu dan akan mula dijual di Malaysia pada Khamis ini pada harga dari RM499.
Spesifikasi POCO C40
POCO C40 merupakan telefon pintar 4G dari POCO paling murah dan ia diletakkan di bawah siri M. Ia menampilkan paparan 6.71-inci dengan resolusi 1650 x 720 piksel dan menggunakan pemprosesan okta-teras JLQ JR510 11nm.
Untuk makluman, JLQ merupakan syarikat usahasama yang melibatkan Qualcomm, JAC Capital, Leadcore Technology dan Wise Road Capital. Cipset JR510 merupakan cipset mudah alih 4G pertama keluarannya untuk pasaran umum yang menggunakan ARM CPU Cortex A55 dan GPU Mali G52 yang dibina menggunakan teknologi Samsung FinFET 11nm.
POCO C40 ditawarkan dengan pilihan RAM sehingga 4GB dan storan sehingga 64GB dengan slot kad mikroSD sehingga 1TB turut disediakan.
Kameranya pula hadir dalam bentuk dua sensor pada belakangnya iaitu 13MP untuk kamera utama dan 2MP untuk kamera berkedalaman. Manakala pada hadapannya pula didatangkan dengan kamera 5MP.
Turut disediakan sensor pengimbas cap jari pada permukaan belakangnya bersama-sam bicu audio 3.5mm. Telefon pintar 4G LTE dengan dwi-SIM dari POCO ini juga menyokong 5GHz 802.11ac WiFi dan Bluetooth 5.0.
Sebuah bateri berkapasiti 6,000mAh ditawarkan pada telefon pintar ini yang juga menyokong pengecasan 18W. Berdasarkan spesifikasi globalnya, POCO hanya menyediakan pengecas 10W bersama-sama telefon yang menggunakan MIUI 13 for POCO yang berasaskan Android 11.
Model | POCO C40 |
Harga |
|
Paparan | LCD HD 6.71-inci, 60Hz, 550 nits |
Cipset | JLQ JR510 Octa-core (4×1.5 GHz & 4×2 GHz) 11nm |
Memori/Storan | RAM 3GB + storan 32GB atau RAM 4GB + storan 64GB |
Bateri |
|
Kamera | Kamera utama:
Kamera hadapan:
|
Ketersambungan | GSM / HSPA / LTE Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, dual-band, Wi-Fi Direct, hotspot Bluetooth 5.0, A2DP, LE A-GPS/GLONASS/GALILEO/BDS HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A Type C USB 2.0, USB OTG |
Ukuran | 169.6 × 76.6 × 9.1 mm |
Berat | 203g |
Warna | Power Black, Coral Green dan Poco Yellow. |
Harga POCO C40 di Malaysia
POCO C40 boleh dibeli secara dalam talian di Malaysia bermula dari 18 Ogos ini pada harga seperti berikut:
- POCO C40 RAM 3GB + storan 32GB – RM499
- POCO C40 RAM 4GB + storan 64GB – RM599
Shopee turut menawarkan promosi pembelian terawal dari 18 Ogos hingga 24 Ogos 2022 dengan potongan harga sebanyak RM50 sehingga stok masih ada. Telefon pintar ini ditawarkan dengan pilihan warna Power Black, Coral Green dan Poco Yellow.