Utama Mobile Aplikasi PLUS: Pengguna masih lagi perlu menyentuh kad TNG, RFID di Plaza Tol...

PLUS: Pengguna masih lagi perlu menyentuh kad TNG, RFID di Plaza Tol ketika Tol Percuma bersempena Raya ini

870
0
Tol Percuma Hari Raya 2022

Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba, umat Islam di seluruh negara sedang bersiap sedia untuk melakukan perjalanan pulang ke kampung halaman menggunakan lebuhraya. Bagi anda yang merancang untuk menikmati pemberian tol percuma di lebuhraya pada hujung minggu ini, anda diingatkan supaya menyentuhkan kad Touch ‘n Go (TNG) atau menggunakan tag RFID di laluan-laluan yang telah ditetapkan.

Kesemua lebuhraya yang dikendalikan oleh PLUS Berhad akan memberikan pengecualian bayaran tol bermula dari 12:00 AM 30 April hingga 11:59 PM 1 Mei. PLUS juga memberikan tol percuma ini pada tarikh bermula dari 7 Mei jam 12:00 tengah malam, hingga 8 Mei jam 11.59 malam.

Pengguna lebuhraya bagaimanapun masih lagi perlu menyentuh kad TNG, menggunakan lorong Smart Tag atau RFID mengikut lorong masing-masing ketika keluar dan masuk lebuhraya.

PLUS juga mengingatkan orang ramai yang menggunakan kad TNG atau lorong Smart Tag supaya memeriksa status kad masing-masing yang akan digunakan nanti. Ini bertujuan bagi mengelakkan kesesakan di plaza tol kerana masalah seperti menggunakan kad TNG yang telah luput atau rosak.

Untuk membuat semakan sama ada kad TNG anda masih lagi boleh digunakan, anda boleh membuat semakan di portal TNG, memautkan pada aplikasi TNG eWallet anda, atau melakukan isian semula di lokasi-lokasi yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Tinggalkan komentar