Sony telah melancarkan Jualan Musim Bunga untuk PlayStation (PS) Store, menawarkan diskaun sehingga 85 peratus untuk judul-judul permainan terpillih. Jualan ini kini telah bermula sehingga 28 April 2020 dengan senarai terbaru yang dikemaskini akan diumumkan pada 15 April.
Antara yang menjadi tumpuan adalah Bikinan Semula Resident Evil 2 yang akan dijual pada RM88, Watch Dogs 2 pada harga RM31.20, Hitman 2 pada RM101.60, God of War pada RM64.50, dan banyak lagi.
Selain dari judul-judul permainan asas, Jualan Musim Bunga PlayStation Store turut menawarkan diskaun untuk Kandungan Boleh Muat Turun (Downloadable Content, DLC). Antaranya seperti DLC Dead by Daylight pada harga RM11 dan pek watak tambahan untuk BlazBlue: Cross Tag Battle pada harga RM13.86 tiap satu.
Untuk maklumat lanjut mengenai judul-judul permainan lain dan DLC yang kini sedang ditawarkan diskaun, layari laman web rasmi PS Store.
Sony juga turut mengumumkan permainan percuma pada bulan ini eksklusif untuk pelanggan PS Plus iaitu Uncharted 4: A Thief’s End dan Dirt Rally 2.0.













