Peranan Persatuan Industri Komputer Multimedia Malaysia atau lebih dikenali sebagai PIKOM di dalam industri ICT tempatan bukan sekadar menjadi penganjur pameran jualan PC Fair semata-mata. Mewaikili lebih dari 1,000 syarikat teknologi telekomunikasi dan multimedia di seluruh Malaysia, PIKOM baru-baru ini mengemukakan cadangan penambahbaikan industri ICT untuk dibentangkan pada Bajet 2016.
Perkara penting yang disenaraikan di dalam cadangan berkenaan adalah barangan-barangan dan perkhidmatan ICT dikecualikan dari cukai barang dan perkhidmatan (GST). PIKOM mendakwa sejak GST mula dilaksanakan, permintaan untuk produk dan perkhidmatan ICT mengalami penurunan sebanyak 30% dan faktor ini turut dipengaruhi oleh kejatuhan mata wang Ringgit Malaysia.
Bukan itu sahaja, PIKOM turut mendakwa pelaksanaan GST turut memberi kesan terhadap kadar penembusan ICT dikalangan IKS dan juga penduduk-penduduk di kawasan luar bandar. Pihak persatuan percaya bahawa produk dan perkhidmatan ICT akan kekal pada harga mampu milik jika ianya dikecualikan dari GST.
Turut dicadangkan adalah jumlah cukai yang boleh ditolak dinaikkan dari RM3,000 kepada RM 4,000 bagi pembelian komputer peribadi dan laptop untuk kegunaan sendiri.
PIKOM turut mencadangkan untuk memperkenalkan semula skim pembelian komputer melalui caruman KWSP untuk meningkatkan kadar penggunaan teknologi di kalangan rakyat Malaysia yang buat ketika ini sedikit terbantut kerana kesan dari GST dan juga kelemahan mata wang Ringgit.
Pada masa yang sama, PIKOM turut menyarankan kerajaan agar mengambil serius di dalam usaha menjadikan internet jalur lebar lebih mampu dimiliki untuk mengurangkan jurang digital antara rakyat selain turut meningkatkan keupayaan industri kecil dan sederhana (IKS) yang baru berkembang.
“Kerajaan perlu serius untuk mengawal selia kadar harga jalur lebar syarikat-syarikat telekomunikasi dan persaingan dalam kalangan peserta untuk menggalakkan kadar pengambilan jalur lebar yang lebih besar ke arah merapatkan jurang digital serta meningkatkan penembusan di kawasan luar bandar dan yang kurang liputan,”
-Sumber berita diperoleh dari News Straits Times, Imej cover dari PIKOM














saya setuju! kata nak galakkan rakyat celik IT, so pengecualian GST adalah langkah terbaik…